POLI Bloggerz

Follower

Wednesday, September 14, 2011

Jalan Kenangan III

Mungkin kerana jiwa lelaki ku. Mungkin juga kerana filem – filem cinta sering sahaja berputar pada persoalan yang sama sehinggakan para penonton mampu meneka apa kesudahannya. Akhirnya aku memilih untuk menonton filem lakonan Van Diesel, iaitu cerita “The Pacifier”. Cerita yang agak lucu dan penuh aksi. Aku mula menonton dan membiarkan atuk didalam biliknya. Sesekali aku terdengar suara atuk berdehem atau batuk. Timbul persoalan didalam hati. “Apakah atuk tidak sihat?”. Namun aku biarkan sahaja persoalan itu berlalu pergi. Sudah menjadi resam atuk menunggu abah pulang barulah atuk hendak ke hospital atau klinik, yang peliknya apabila pak long atau pak ngah mengajak atuk ke hospital atau klinik, atuk tidak mahu sekalipun ibu sendiri yang mengajaknya. Kecuali jika ibu mengajak atuk dan abah hadir sama barulah atuk bersiap hendak ke hospital. Aku sendiri tidak mengerti mengapa atuk terlalu sayang sekali pada abah. Sedangkan abah hanyalah menantunya dan ibu pula hanya anak angkat. Kami empat beradik juga sering kali dimarahi atuk hanya kerana pakaian kami kelihatan tidak kena pada matanya. Namun sekiranya anak – anak pak long atau pak ngah berkelakuan sedemikian tidak pula atauk menegur mereka jauh sekali untuk memarahi mereka. Berlainan pula dengan arwah opah yang sering sajaha menasihati sesiapa sahaja dikalangan cucunya tanpa mengira anak anak siapa mereka itu. Pada mata opah yang salah tetap salah. Terkadang aku lebih menyayangi arwah opah berbanding atuk. Masakkan tidak, siapa yang tidak sakit hati apabila soal pakaian pun boleh menjadi isu. Walaubagaimanapun segalanya punya hikmah. Barulah aku faham kenapa segala tindak tanduk kami sering sahaja atuk tegur sekiranya tidak kena pada matanya. Atuk menyayangi kami seperti mana atuk menyayangi abah dan ibu. Cara atuk menyayangi kami bukanlah dengan memanjakan kami atau memberikan kami segala apa yang kami mahukan. Cara atuk menyayangi kami dengan mendisiplinkan kami, mengawal nafsu kami serta mendidik kami agar kami mampu berdikari tanpa bergantung pada orang lain. Serasakan keluarga kami sangat – sangat berharga dan disayangi atuk. Namun bahagia yang aku kecapi bersama keluarga sudah sampai penghujungnya. Aku perlu melangkah keluar melihat dunia yang lebih luas lagi agar ianya mampu membuka mata dan daya fikiran aku tentang dunia luar. Aku boleh sahaja diibaratkan sebagai kepongpong yang bakal menjadi rama – rama dalam masa beberapa hari lagi.

BAB 2

Aku kini bakal pulang semula ke teratak keluargaku. Pulang bukan untuk seketika, tetapi pulang untuk jangka masa yang agak lama; setahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun mungkin. Tiada siapa yang tahu berapa lama. Yang pasti setelah aku bersedia barulah aku keluar semula kedunia yang penuh cabaran serta ranjau berduri. Setahun aku di kilang proton tanjung malim banyak mengajar aku erti derita, erti berjimat, erti bersahabat, erti etika kerja, erti kejujuran, erti tanggungjawab, dan pelbagai lagi yang tidak pernah di ajar dalam modul teks sekolah. Namun kepulanganku kali ini bukanlah bermakna aku menjadi penganggur yang hanya tahu meminta dari abah dan ibu. Kepulanganku kini kerana aku melanjutkan pelajaran aku di peringkat sijil dalam bidang elektrikal di Politeknik Ungku Omar Ipoh. Semua ini bermula apabila sahabat karibku Hasnah, menganjurkan kepadaku agar menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Masih segar diingatan tentang dialog antara aku dan Hasnah.

“ awak, sampai bila awak nak kerja kilang proton tu? Tak kan sampai beranak pinak?”

“kalau boleh. Itu tak menjadi salah kan?”

“masalahnya, usia awak masih muda. Teman – teman kita ramai yang dah sambung belajar, awk bila lagi?”

“antara pengalaman dan pelajaran, yang mana lebih penting dan berharga?”

Hasnah diam membisu. Berfikir mencari jawapan yang sesuai agar aku merubah fikiran.

“kenapa diam? Tiada jawapanya bukan?”

“tak. Bukan begitu. Pada pendapat saya halim, kedua – duanya sama penting.”

“nantilah saya fiirkan.”

Setelah menekan butang tamat panggilan, aku meletakkan telefon bimbit di sisi kepala. Aku berbaring dan berfikir tentang perkara yang diajukan oleh hasnah. Sedang ligat otakku berfikir, pandangan ku pula semakin kelam dan suram. Semakin lama semakin gelap dan akhirnya aku tertidur. Sehinggalah ke esokan harinya aku tersedar dek azan yang dialunkan oleh bilal masjid yang berdekatan.

“assholatuhairumminannaum”

Ayat itu diulang sebanyak dua kali. Aku mengaku sesungguhnya aku tidak mengerti akan makna ayat itu. Namun ayat itu berjaya menjentik jiwaku yang sering kali liat untuk bangun menunaikan solat subuh. Sungguhpun begitu, aku masih mengetahui batas – batas agama dan apa yang wajib, apa yang harus, apa yang haram dalam islam. Pernah sekali aku hampir – hampir menjerumuskan diri kedalam agama kristian atau dalam bahasa yang lebih mudah di fahami aku hampir – hampir murtad. Ini semua hanya kerana aku mula berfikir untuk mencari kebenaran dalam beragama. Aku mula mencari siapa aku, siapa tuhanku, siapa nabiku, apa tujuan aku diciptakan dan pelbagai lagi persoalan tentang agama aku timbulkan. Namun Allah masih menyayangi aku walaupun aku jarang sekali menunaikan janjiku untuk bersama denganNYA 5 kali sehari. Ada sahaja perkara – perkara yang berlaku di hadapan mataku menunjukan kebesaranNYA. Hal ini membuatkan aku menitiskan air mata kesyukuran kerana aku masih lagi berada dibawah payung kasih sayangNYA. Selesai sahaja menunaikan solat subuh aku duduk seorang diri. Aku merenung kedalam diri; sedalamnya. Aku berfikir dan aku cuba memahami erti kehidupan. Di pagi itu juga aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku. Aku menerima cadangan Hasnah untuk menyambung pelajaran. Setulusnya aku sudah tidak mahu lagi memohon untuk masuk ke mana – mana politeknik dek kerana kekecewaan lalu, namun kali ini aku bertekad dan menguatkan semangat. Ada yang kata aku menyambung pelajaran hanya kerana seorang perempuan, ada juga yang mengatakan bahawa aku pasti akan menyesal kerana berhenti daripada kilang proton. Tidak kurang juga yang memberi nasihat atau kata – kata semangat. Kini aku sudah menghampiri separuh jalan dalam memahami erti permainan dunia, lakonan – lakonan manusia yang dilakonkan mengikut skrip yang telah ditetapkan.

No comments: