POLI Bloggerz

Follower

Friday, July 23, 2010

Kala malam menjelma

Kala malam menjelma
Khamis malam Jumaat pula
Masih terselit pelbagai cerita
Biarpun zaman berubah jua

Tika inilah pelbagai kisah tersingkap
Pasti ada yang segera menutup tingkap
Tak kurang juga kisah asmara
Yang bujang pasti kan mara

Situkang karut mulakan cerita
Kebanyakannya kisah dahulu kala
Namun tidak semua cerita benar belaka
Ada diantaranya hanya menyedapkan telinga

Kala malam menjelma
Masih ada yang belum membutakan mata
Padat dengan aktiviti kata mereka
Hakikatnya mereka hanya membazirkan masa

Lambakan nafsu buas sang celaka
Mencarik takhta berharga buat si dara
Ada secara rela dan secara paksa
Yang rela membunting, yang dipaksa hilang nyawa

Kalangan mereka begitu syik berlumba
Mati bagaikan anjing kurap pun ada
Tuk ketua polis dapat menghalau saja
Kalau silap langkahnya padah jawabnya
Aduhai... kasihan...

Kala malam menjelma
Tetap ada rahsia dalam rahmatNYA
Dalam jaga mahupun lena
Pasti akan apat merasainya

Kemerdekaan Bangsaku

Bumi merdeka bumi bertuah
Pernah dijajah daulat tercemar
Berbilang pahlawan telahpun rebah
Tapi aku kini nyenyak lena di kamar

1957 tahun kita merdeka
31 ogos adalah hari dan bulannya
Namun masih ada yang tidak mengetahui
Pabila ditanya mereka terus menyepi

Kini sudah 53 tahun negaraku merdeka
Masih ada yang tidak mengerti ertinya
Kerna hari itu adalah hari untuk berpesta
Tanpa perlu menghayati bait – baitnya

Aduhai malangnya nasib semua pejuang
Darah , peluh dan air liur mereka dibazirkan
Segala usaha hanya menjadi hiasan
Matlamat yang dituju tinggal kenangan

Hatiku menangis mengenangkan segalanya
Tiada makna merdeka dalam diri mereka
Bendera kita dinjak dan dibakar pula
Ada juga yang jadikan alas kaki sahaja

Pabila mentari menyinar kembali
Tamatlah pesta tertingglah sampah
Botol “harimau” bergelimpangan
Di sebelahnya kelihatan anak muda pening lalat

Begitu asyik bermesraan
Nafsu rakus menjadi kuda tunggangan
Semua sudah hilang kawalan
Bila sedar jatuh pula air mata kesedihan

Namun begitu tetaplah negaraku yang merdeka
Diberi nama sebagai Malaysia
Punya masalah sosial yang tak pernah sudah
Akal pelakunya pula tak pernah sedar

Merdekalah Negaraku!
Merdekalah Bangsaku!

Se. .Ke..Du..

Suatu ketika dahulu
Aku masih lagi bertenaga
Aku masih lagi mampu beradu
Aku masih mampu membenihkan keindahan
Dan aku biarkan unggasbebas berttebangan

Suatu ketika dulu
Aku bersemi dalam ketenangan
Tiada apa yang mengganggu
Semua makhluk menatapi keindahan
Semuanya bertasbih dan berlagu termasuk aku

Namun
Itu semua suatu ketika dulu
Saat ini amat berbeza berbanding dulu
Aku terseksa dalam kesabaran
Aku terima semuanya dengan kerelaan

Manusia
Alangkah kejamnya mereka semua itu
Menjamah aku tanpa memikirkan keadaan aku
Aku sakit, aku sedih, aku uzur
Tiada siapa yang hendak mendengar keluhanku

Pernah satu ketika dulu
Kesakitan yang aku tanggung akhirnya meletus
Ramai yang menjadi korban akibat peristiwa itu
Aku mengharapkan kesedaran dari mereka
Namun apa yang tinggal hanyalah hampa

Aku merayu untuk sekali ini
Hentikanlah penyeksaan terhadap tubuhku ini
Aku sudah terlalu uzur untuk menanggung segalanya
Aku tidak mahu ada lagi yang menjadi mangsa
Biarlah aku aman walau seketika Cuma

Nilaian cinta ku

Entah kemana kaki ini melangkah
Mengikut rentak nada bertingkah
Mengikut hati yang terasa gundah
Menuntut janji yang manis bermadah

Kasihankah diri ini kehilangan cinta
Kerana cinta aku rosak binasa
Pujangga kata cinta itu berharga
Namun yang ku temui hanya racun berbisa

Caci makian ku lemparkan pada pujangga
Menipu aku dengan madah – madah cinta
Sedangkan itu semua fantasi semata
Tiada cinta janji setia semanis gula

Sabar anak ku kata pujangga
Kemana telah kau tebarkan cinta tanya si pujangga
Sambung si pujangga jika manusia memang racunlah padahnya
Namun jika pada pencipta maka hatimulah habuannya

Berfikiranlah aku secara renungan masa silam
Hala tebaranku sudah jauhh dari sasaran
Jala cintaku sudah tidak bernilai
Dek kerana hatiku yang senantiasa lalai

Aduhai malang sungguh cintaku
Bagai meneguk madu terasa hempedu
Ku teruskan sahaja perjalanan kehidupann
Biar pedih aku tetap akan teruskan

Insaflah aku buat selamanya
Tidak lagi aku mendekati cinta membabi buta
Aku merennung cinta dengan hati yang bermata
Agar cintaku kembali bernilai semula