POLI Bloggerz

Follower

Saturday, June 26, 2010

Selamat hari lahir aku

Ku hiru nafas pada udara yang sama
Ku berpijak pada bumi yang sama
Namun hari tetap berubah jua
Kerana masa tahun menjadi tua

Bersyukur aku pada Ilahi
Kerna kasihNya masih lagi bersemi
Biarpun aku seorang diri
Dihari istimewa bermakna ini

Tahun ke 22 menyambut aku
Tanpa disuruh atau dipalu
Adapun hati terasa pilu
Tiada ubat pengubat rindu

Ku menyemai benih berbunga kasih
Tetaplah tidak diterima jua
Kemana lagi hendak ku campakkan kasih
Jika tidak pada keluarga

Namun kini telahpun aku keseorangan juga
Abah dan ibuku sudah kembali ”kerumah” mereka
Setiap sujudku mengandungi doa
Agar mereka ditempatkan dikalangan hamba yang dicintaiNya

Sendirian aku menghujankan air mata
Sebaldi tidak setelaga penuh jua
Tiada siapa mengetahui tentang istimewanya hari ini
Lantas ku ucapkan ”Selamat hari lahir aku” pada diri sendiri

Thursday, June 24, 2010

Hidup

Indah paras mengukur rupa
Indah kata menyulam bahasa
Indah janji semanis gula
Indah menyedap mata dan telinga

Menjual kata bagai di pasar malam
Meraih kepercayaan seorang demi seorang
Demi menampung dunia yang kelam
Si mulut manis senyum seorang

Wang berjuta di depan mata
Segala janji buat apa dikota
Aku disini punya segalanya
Harta dicari mengiringi kuasa

Cis! Sibangsat mendabik dada
Mendongak tinggi ke langit tujuh purnama
Menunduk kebumi engkau rasa terhina
Sedang dunia ini milik Maha Pencipta!?

Hei keparat bermulut lancang!
Jangan sampai tulang bertemu tulang
Kain aku terkoyak asyik saja engkau nampak
Kain engkau dah rapak engkau tak nampak?!

Manusia! Siapa engkau nak rosakkan fizikalku?
Sedang engkau dan aku hanyalah hamba
Engkau lupa ya yang ini adalah badanku?
Dasar penumpang yang lupa pada pencipta!

Woi! Aku adalah makhluk teragung di semesta ini
Di ciptakan Allah dari tanganNYa sendiri
Semua makluk sujud untuk menghormati
Kerana aku makhluk yang paling Dia sayangi??

Jika manusia ikutkan nafsu
Memang ini yang akan terjadi
Sesama sendiri asyik saja menipu
Ada hati nak menunjang diri aku ini??

Heh! Buanglah semua perilaku iblis itu
Kan dah nyata dia itu musuh mu
Kembalilah bersatu menjadi satu
Agar bangsamu utuh selalu

Kenangan Semalam

Angin senja membelai tubuhku
Menggamitkan kenangan kisah cintaku
Berjalan masa hanya dua minggu
Cinta berlalu sedih yang bertamu

Gadisku masih lagi dipersekolahan
Mencari sinar untuk masa hadapan
Secebis keputusan menjadi ukuran
Jangan sampai berdiri dalam kegelapan

Lancang mulut untuk berkata setuju
Berpisah untuk sementara katanya padaku
Bila kutanya sebabnya dia diam membisu
Aku pula berdiri tergamam dan kaku

Kurawat lukaku dalam masa seminggu
Namun sesekali sakitnya menikam hatiku
Berat hatiku untuk melepaskanmu gadisku
Kerana hanya engkau yang satu bagiku

Senyumanmu masih terbayang – bayang
Kelembutan tanganmu ketika mencubitku
Aku rindu suaramu yang menggegarkan
Segalanya bagai semalam berlalu

Hingga saat ini hatiku masih berkelana
Kerana kenangan itu menggamit sehingga kini
Jangan beranggap aku masih berduka lara
Semua kenangan itu akan tetap di hati

Pengemis Dunia

Kembara ditanah pusaka
Mencari rezeki dikala senja
Entah kemana hala tujunya
Mengikut rentak langkah kakinya

Hamis baunya sudah pun lali
Bayangan hitam sudah tidak bererti
Deretan sampah menjadi saksi
Itulah rezeki bagi hari ini

Biar kelam jalan dihadapan
Diteruskan jua perjalanan kehidupan
Biarlah hina dimata insan
Kerana mereka bukan muka pengadilan

Tidak payah bukan bererti tidak perlu
Maksud tersirat terkandung di situ
Segalanya demi mencari keredhaanMu
Biar sedikit amat berharga padaku

Wahai si pengemis dunia
Jangan menjadi pengemis yang hina
Sedarlah engkau dari tidurmu
Bangunlah sujud kepada Rabbmu

Fahamilah cubaan keterangan ini
Siapa pengemis di dunia ini
Carilah dia dalam keramaian
Kerana disitu terdapat ketenangan

Akal dan nafsu menjadi satu
Siapa raja siapa hambamu
Pilihlah mereka salah satu
Untuk menjadi raja dan hambamu

Aku mengarut sekadar suka ria
Namun dalam senda ada cerita
Jika ia tiada ertinya
Maka biarkan saja dan lupakan ia

Rindu Celaru

Senandung sayang malam menjelma
Sang rembulan menyinarkan cahaya
Pungguk merindu bertangguh kata
Tentang cerita cinta kita berdua

Hati bertanya mulut berlagu riang
Akal seiring nafas yang sekata
Hembuslah bayu sampaikan rinduku
Agar sidia turut sama merindu

Patahlah hati patahlah jiwa ini
Jika rindu diberi racun yang menghuni
Andai kasih kekasih berbelah bahagi
Biarlah rindu membawa diri

Jangan rindu jangan merajuk lagi
Kerana aku masih setia menanti
Jangan dendam penrgilah hilangkan diri
Biarlah rindu seorang diri

Duhai sang lang sampaikan salamku
Kepada sidia aku berlagu rindu
Renungkanlah bulan wahai kasihku
Kerana disitu tercatat cinta untuk dirimu

Biar waktu menanti bersama cemburu
Kerana pujangga menimbulkan celaru
Aku berkata berteka senda bersama cinta
Carilah makna bersabit akal

Beriringan pergi nafas dan salam
Berdarah akal bersama luka hati
Menangguk rindu di Kuala Deli
Bersyairkan lagu rindu bersama diri