Biar ayah ajarkan pada anak – anak sekalian
Pertama sekali akan ayah ajarkan
nama-nama pohon dihadapan kalian. Yang berambut itu namanya durian. Yang
berduri itu manggis. Yang kuning itu punya buah kecil – kecil itu namanya
betik.
Wahai si ayah, ajaran apakah itu?
Bukankah sejak azali bagi yang berambut itu dipanggil rambutan ;
Yang berduri itu durian ;
Yang punya buah kecil – kecil kekuningan itu langsat;
Mengapa engkau ubah?
Apakah engkau cuba memperbodohkan anak – anakmu?
Atau engkau cuba menghapuskan identiti buah – buah itu melalui namanya yang
telah engkau ubah?
Dengarlah nasihatku,; jangan diubah!
Kelak nanti engkau binasa
Jangan diubah!
Apa pun jangan diubah!
Kerana itu asalnya.