POLI Bloggerz

Follower

Tuesday, September 6, 2011

Jalan Kenangan II

Usai solat subuh, aku melelapkan mata semula. Terlalu mengantuk akibat sering kali menonton astro sehingga larut malam. Acapkali aku dimarahi oleh ibu kerana tidak mematikan televisyen, membazir kata ibu. Namun aku hanya tersenyum tatkala ibu membebel padaku; sudah lali. Selesai membersihkan diri, aku memalaskan diri menuju ke ruang rehat yang terletak di luar rumah. Suatu ketika dulu, aku sering melihat opah dan atuk duduk disitu. Bersuka – suka sambil minum kopi yang disiapkan oleh opah. Namun kini apabila aku semakin menghampiri ruangan tersebut, aku dapat merasakan satu getaran halus yang menguis hati. Kelihatan atuk berehat di situ, namun tidak ditemani secawan milo dan biskut wafer kegemaranya. Semua ini berlaku setelah ketiadaan arwah opah. Semakin aku menghampiri atuk, semakin aku dapat merasakan kepayahan dan keperitan yang atuk alami setelah pemergian opah. Aku melihat atuk termenung sendirian. Susuk tubuh atuk yang kian susut membuatkan pandangan aku terhenti seketika. Memori silam mula kembali bertaut.

“awaknya, cucu kita tu dah bangun ke belum? Asar dah nk masuk ni.”

“ngape pulak awak bertanya pada teman? Awak tu opah dia, pergi la tengok.”

“asyik zah jea yang tengokkan dia, awak tu atuknya. Nanti cucu kita tu ingat atuknya dah tak sayang dia lagi. Sudahlah dia tu cucu lelaki sulung kita.”

“iyelah.. iyelah... teman pergi nengokan die kejap. Awaknya tolong la buatkan air untuk minum petang nanti ya?”

“lepas asar baru zah buatkan ye? Awak pergi tengokan dia, saya solat dulu.”

“iyelah.”

Hembusan angin pagi membuatkan aku tersedar dari lamunan. Terasa seperti baru semalam arwah opah pergi mengadap Sang Pencipta. Sungguh aku rindukan waktu – waktu bersama arwah opah yang senantiasa ceria bersama atuk.

“zah...”

Aku terkesima.

Apakah ungkapan itu keluar dari mulut atuk?’ desis hatiku.

Tergerak hatiku untuk mencari kepastian. Aku menghilangkan diri dibalik dinding rumah. Aku memerhatikan atuk sambil menantikan apakah persoalan yang timbul dibenakku ini benar. Aku memasang telinga lagak seperti seorang polis yang sedang mengintip suspek kes berat.

“zah... lepas ni teman tinggal sorang lagi la. Halim dah dapat kerja. Jauh tempat kerjanya tu. Kalau tak silap teman kilang kereta di tanjung malim tu.”

Sah. Memang benarlah telahan ku sebentar tadi. Atuk berbicara seorang diri. Terlalu rindukah atuk pada opah? Atau atuk kini mula merasai kehilangan aku walaupun aku masih punya masa sebulan setengah lagi untuk bersiap – sedia? Aduhai atukku. Janganlah dikau khuatir. Cucumu ini masih sempat meraikan hari raya tahun ini bersamam mu. Kasihan pula aku melihat keadaan atuk itu. Sebaik mungkin aku cuba menjaga hati dan perasaannya, namun ianya terguris jua. Apalah yang mampu aku lakukan. Aku hanyalah manusia biasa yang bergantung pada pengalaman yang ditimba di perigi dunia untuk mendewasakan dan mematangkan diriku dari segala segi. Aku menghampiri atuk perlahan – lahan. Terdengar helahan nafas atuk yang seakan – akan tersekat di kerongkong. Aku perhatikan keadaan sekitar. Kereta mercedes milik abah sudah tiada. Aku terasa janggal.

‘kemana perginya ibu dan abah?’, hatiku bertanya.

Kini, aku menjadi semakin pelik. Atuk bersendirian, kereta tiada, keadaan rumah senyap dan tiada bunyi atau bau makanan yang enak – enak seperti biasa.

‘ hari ini hari apa?’, aku menyoal diri. Aku menghitung hari di hujung jari.

“Papp!”, aku menepuk dahi. Sepantas itu juga aku melihat kearah atuk. Kelihatan wajah atuk sedikit pelik dan terkejut dengan gelagat aku.

“kenapa halim?”

“errrr.... tak de ape tuk. Halim terlupa yang hari ni hari isnin.”

Terasa sesal dalam hati. Habis rancangan aku hendak membongkar apa yang sedang atuk bebelkan seorang diri tadi.

“kamu dah mandi halim?”

“sudah tuk. Bangun tadi terus halim mandi.”

“bagus la. Kamu ada nampak apa – apa tak kat atas meja ni?”

Aku memandang meja yang dimaksudkan. Kosong. Aku mula mengerti maksud atuk.

“emmm... tuk jom la. Kita pergi sarapan dulu. Atuk bawa ya? Halim tak de lesen lagi.”, aku menjawab dalam senyuman.

“ aku tau la. Sudah jom.”

Bagai serasi bersama, atuk sering sahaja faham isi hati aku. Sangat bertuah aku memiliki atuk yang penyayang dan pada masa yang sama pendidik serta sedikit garang. Atuk dulu pernah mengajar budak – budak mengaji. Namun, arwah opah suruh atuk berhenti. Arwah opah sangat bimbang dengan cara atuk yang garang. Arwah opah bercerita padaku bahawa pernah satu hari atuk merendam kepala seorang pelajar hanya kerana dia tidak dapat menghafaz ayat suci Al – Quran seperti yang diminta oleh atuk. Mendengarkan tentang itu sahaja membuatkan aku gerun untuk belajar mengaji dengan atuk. Sudahnya, aku mengaji dengan opah daripada alif, ba, ta, sehinggalah aku khatam Al-Quran. Semuanya adalah hasil didikan arwah opah. Pemergian arwah opah sangat – sangat menguris hati aku. Apatah lagi ketika aku baru tingkatan 4 dan sedang menuntut di sekolah menengah teknik kuala kangsar. Masih segar lagi di ingatan aku ketika arwah opah mengetahui bahawa aku dapat bersekolah di sana. Arwah opah terlalu gembira dan pada suatu hari arwah opah mengikut dan menghantar aku ke asrama. Kelihatan biasa, namun aku tidak tahu pada ketika itu arwah opah sudah pun menderita sakit batu karang. Aku hanya mengetahui setelah arwah opah terlantar di hospital selepas pembedahan.

“halim, menung ape? Order le. Lenguh kaki mamak tu nunggu kamu mikior”.

“oh, haha. Sorry la uncle. Saya mau roti satu, milo ais satu.”

“ok. Itu saja?”, mamak kedai bertanya.

“sudah. Itu sahaja. Oh, sekejap. Atuk da order?”

“aku lame dah order. Ape kene dengan kamu hari ni halim? Aku nengok udah macam ayam berak kapur je? Kamu ade masalah ke?”

“tak ada la tuk. Halim ok je ni.”

Setulusnya aku tidak mahu membohongi atuk. Setelah aku berfikir sejenak aku rasa adalah lebih baik atuk tidak mngetahui apa yang aku fikirkan. Merahsiakan isi hati bermakna senyuman atuk pasti akan terukir.

“jangan kamu menung lama – lama sangat. Kamu tak ingat pada pesanan arwah opah kamu ke halim? Dah berkali dia nasihatkan kamu. Hurmm. Tak tau la aku apa nk jadi budak – budak zaman sekarang ni. Asyik duduk termenung je.”

Aku mula terpinga – pinga. Apakah atuk dapat membaca isi hatiku? Atau atuk hanya sekadar serkap jarang sahaja? Kemungkinan - kemungkinan itu bermain di kepala. Namun aku biarkan kemungkinan itu berlalu pergi seperti roti canai yang aku telan masuk ke perut; hilang tanpa kesan. Selesai sahaja bersarapan, aku dan atuk beransur pulang kerumah. Memang membosankan apabila ianya menjadi rutin harian aku. Cuma yang menyelamatkan keadaan bosan ini bila tiba hari minggu atau atuk mengajak aku ke parit untuk menemaninya. Pernah sekali aku mengikutnya ke parit untuk membersihkan kubur arwah moyang. Lucunya aku hanya duduk di sebelah sambil mata terpejam. Ketika itu aku sudahpun belajar merokok, namun tidak pernah aku merokok dihadapan atuk. Sebolehnya aku tidak mahu atuk tahu yang aku juga seorang perokok sepertinya.

Sampai sahaja di rumah aku memulakan langkah menuju ke ruang tamu. Di kabinet tv, aku membelek – belek DVD yang ada. Jika dalam kebosanan ini, apa sahaja cerita aku layan yang penting cerita itu banyak aksi berbanding dialog.

bersambung...

2 comments:

Terbelog said...

salam..
perkenalkan kamu
dengan sama minat dengan kamu

http://liyanazahim.blogspot.com/

Adhi said...

bw