POLI Bloggerz

Follower

Wednesday, September 28, 2011

Jalan Kenangan IV

Pagi yang hening membawa aku berkelana jauh di alam fantasi. Bercinta dan dicintai. Bila aku berdiri di bumi nyata, tiada semua itu. Hilang dibawa kabus. Sepi. Aku melihat sekeliling. Suasana begitu sunyi sekali. Atuk tidak kelihatan. Begitu juga ibu dan abah serta adik – adik ku yang lain. Along sedari awal pagi lagi sudah berangkat pergi kerja. Aku merenung sejenak. Aku melihat jam dinding yang tergantung di dinding bilikku menunjukan jam 7.00 pagi. Diluar keadaan masih lagi seperti semalam. Hujan renyai. Aku keluar dari bilik tidurku dan menuju ke bilik air yang berhampiran dengan dapur. Dalam perjalanan menuju ke bilik air, sempat aku merenung jam dinding yang tergantung di dapur.

“ betul ke ape yang aku tengok ni?”, desis hatiku

Aku menggosokan mataku. Sekali lagi aku memandang tepat pada jam tersebut. Masih tiada perubahan. Tiba – tiba ada suara menegurku daripada belakang.

“ lewat benar kamu bangun halim?”, tanya atuk.

“lewat?”, aku mula kaget.

“ cuba kamu tengok jam tu, dah pukul berapa?”

“jam ni tak betul la tuk, jam bilik halim baru pukul 7.00 tuk.”

“pukul 7.00 kamu kata! Semalam aku dah tegur kamu tentang jam di bilik kamu bukan? Kenapa kamu tak tukar lagi baterinya? “

Aku diam, cuba mengingati apa yang terjadi semalam. Nah! Aku terlupa untuk menukarkan bateri jam bilikku semalam kerana asyik sangat menonton “national goegrapic” di astro. Sedangkan aku tahu siaran itu akan diulang tayang semula.

“habislah aku kali ini, berderai la telinga aku hari ini”, gumam hatiku.

“halim, kenapa kamu diam? Sejak kamu pulang dari tanjung malim kamu sudah jadi semakin tidak bertanggungjawab. Kenapa macam ni halim? Kenapa kamu berubah sedemikian rupa? Aku ingatkan setahun kamu di sana kamu semakin bertanggungjawab. Tapi aku silap duga kamu halim. Kamu masih lagi seperti anak kecil yang degil. Tidak mahu mendengar kata. Apakah dunia di tanjung malim tidak mengajar kamu apa – apa?”

Aku masih lagi membisu.

“aku benar – benar kecewa dengan sikap kamu halim. Kamulah satu – satunya cucu lelaki yang aku harapkan. Adik kamu tu masih bersekolah lagi. Sudahlah halim. Tak payah aku nak panjang – panjangkan cerita. Kamu sendiri tahu mana baik buruknya. Fikir la halim. Pergilah mandi. Kejap lagi zohor dah nak masuk.”

Atuk berlalu pergi tanpa bebelan yang panjang kali ini. Dari reaksi wajahnya aku tahu dia kecewa dengan sikapku. Aku melangkah ke bilik air lambat – lambat sambil memikirkan apa sebenarnya yang sedang aku lakukan. Aku membersihkan diri ala kadar. Azan zohor sudahpun berkumandang. Aku segera bersiap untuk menuju kemasjid. Hajat di hati mahu pergi bersama atuk dan menyejukan hatinya. Namun apa yang dihajatkan tidak kesampaian apabila atuk meninggalkan aku keseorangan. “marah benar atuk padaku,” desis hatiku. Maka, terpaksalah aku berjalan kaki menuju ke masjid. Aku jadikan payung sebagai peneman diri bagi mengelak daripada dibasahi hujan. Walaupun hujan, aku tetap gagahkan diri untuk menuju ke masjid. Sudah menjadi kebiasaan diriku apabila aku punya waktu yang lapang aku akan berjemaah di masjid. Aku memegang nasihat arwah opah yang sering kali mengingatkan aku agar solat berjemaah.

“halim, jika kamu ada kelapangan rajin – rajinlah ke masjid. Berjemaah bersama jemaah lain. Walaupun bukan pahala yang kamu kejar tapi kamu lihatlah dari sudut kemasyarakatan. Bermasyarakat juga dituntut oleh islam kan halim?”, nasihat opah.

Kata – kata nasihat itu masih terngiang – ngiang di telinga ku. Dan kerana itulah aku gagahkan jua diriku untuk menuju ke masjid. Sampai sahaja di masjid, aku tercari – cari kelibat atuk. Tidak kelihatan. Rasa bersalah mula membungkam diri. Tok bilal sudah mula mengalunkan “iqamah”. Kelibat atuk masih juga tidak kelihatan. Aku berdiri di saf yang hadapan sekali. Walaupun aku sudah bersedia untuk menunaikan solat, namun hatiku tidak bersedia. Di fikiran masih lagi memikirkan tentang atuk.

“seburuk – buruk manusia adalah manusia yang mencuri ketika solat”.

Aku menoleh kebelakang. Terpampang wajah atuk yang tenang. Sedikit senyuman terukir dibibirnya.

“Atuk!”, dalam nada yang agak keras aku bersuara. Kelihatan semua jemaah memandang kepadaku.

“ maafkan halim tuk. Halim janji, halim tak kan ulang lagi kesilapan yang sama. Maaf kan halim tuk”, sambil tangan ku menyalami atuk dan kepalaku tunduk cium tangannya. Terasa manik – manik jernih mengalir di pipi.

“ sudahlah halim. Jaga tingkah kamu dalam masjid. Tengok, ramai yang memandang kita. Pergilah berwuduk semula. Wuduk kamu dah batal tu. Cepat sikit ya”, aku mula bersuara.

Teresak – esak aku berlalu ke tempat wuduk. Atuk memenuhkan ruang di saf yang aku tinggalkan. Hatiku mula terasa lega. Sepantas mungkin aku berwuduk. Kedengaran imam sudah mula mengangkat takbir. Dengan hati yang tenang aku masuk semula saf di belakang atuk.

Selesai menunaikan solat zohor, aku dan atuk menuju ke pekan lama untuk menikmati juadah tengah hari. Jika orang ramai sibuk dengan nasi kandar balai polis pekan baru, bagi keluarga aku nasi kandar pekan lama lebih sedap. Ironinya, walaupun hujan renyai tempat yang sempit itu dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Terkadang aku berfikir, apakah kelebihan nasi kandar disini. Walaupun aku sangat menyukainya tetapi aku sendiri tidak tahu apa kelebihannya. Sudahlah mahal, sekali makan belum tentu kenyang. Kesibukan jalan itu menyebabkan aku teringatkan zaman kegemilangan daerah kinta sebagai daerah pengeluar bijih timah utama negeri perak. Walaupun tika itu aku masih belum dilahirkan, namun dapat aku bayangkan kesibukannya pasti sama seperti sekarang. Cuma yang berbeza hanyalah waktu dan barang dagangan yang mereka perdagangkan.

Hujan sudah pun reda. Serentak dengan itu aku dan atuk sudah pun selesai menikmati nasi kandar. Suasana kini bertambah sibuk. Yang berjalan kaki, yang berbasikal dan yang bermotor semuanya keluar semula mencari rezeki demi sesuap nasi. Di hadapanku terbentang rumah flat yang tidak pernah aku kira tingkatnya. Kelihatan agak suram. Tiada warna – warna ceria menghiasi dinding flat tersebut. Dapat aku bayangkan seandainya satu – satu keluarga itu mempunyai anak yang ramai. Tiada lagi keselesaan. Sedangkan aku yang menyewa di tanjung malim pun rasa tersiksa dengan rumah flat. Benar kata orang, alah bisa tegal biasa. Hidup yang aku alami di tanjung malim membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada diriku ini. Apa jua situasi aku mampu bertahan sehinggakan satu ledakan dari hati yang menyatakan hasrat ingin belajar membuatkan aku meninggalkan kesengsaraan lama untuk menuju kesengsaraan yang lebih mencabar kewibawaan aku sebagai manusia. Seorang yang bakal menjadi pelajar semestinya harus bersedia dari segi mental, fizikal apatahlagi kewangan yang mengekang aku dari segala kemahuan diri. Tanpa aku sedari, kereta yang di pandu atuk sudahpun sampai ke rumah.

“ halim”, seru atuk.

“ ya atuk”

“jangan kamu ulang lagi kesilapan kamu hari ini. Aku tahu sebagai manusia mana mungkin kamu terlepas dari kesilapan. Aku maafkan kamu. Tapi kamu kena ingat akibat kelalaian kamu itu”

“baik atuk”

Aku meninggalkan atuk dan terus menuju ke bilikku.

“akibat kelalaian aku?”,aku menggumam sendirian.

“ apa akibatnya? Kena pergi masjid jalan kaki? Berlapar? Kalau itu semua aku sudah biasa menghadapinya. Tapi reaksi atuk sebentar tadi seolah – olah menyembunyikan maksud sebenar akibat itu”, sendirian aku berbicara pada diriku.

Sedang aku berfikir, telefon bimbitku berbunyi; satu pesanan ringkas.

bro ada mana? Jom la lepak umah hamdan mlm ni. Blh jmpa”

Siapa ni?”,aku bermonolog.

“maaf ya. Blh sy tau siapa anda?”, aku membalas pesanan ringkas tersebut.

Sekali lagi telefon bimbitku berbunyi.

x kn x kenal aku kot? Bru keje sthn da lpe member. Ni pian la”

pian? Pian nam ke? Weh lme x jumpe ko. Wat pea jea skrng?”

“huhu. Igt pn. Keje la. Tp ri ni ak cuti. Dh la nk smbg panjang mlm nie lepak rumah hamdan, ok?”

“ok bro. Mlm nie aku dtg”

Aku menamatkan perbualan melalui sistem pesanan ringkas tersebut dengan memberikan kata putus untuk melepak bersama. Aku tahu budaya melepak itu adalah budaya yang tidak sihat. Akan tetapi bagi pemuda – pemuda awal 20-an seperti aku memilih medium tersebut bagi mengelakan rasa bosan akibat seharian terperap di rumah atau berkerja. Aku sedar dikalangan rakan – rakan ku ramai yang terpengaruh dengan gejala –gejala tidak sihat. Aku sendiri pernah melalui detik – detik hitam dimana kali pertama aku diperkenalkan dengan “nospen”.

“sedap sangat ke korang layan benda ni?”, aku bertanya.

“sedap tu aku tak tahu nak cakap. Terpulang pada individu yang menilainya. Tapi kalau engkau tanya seronok atau tak, memang seronok layan benda ni”,jawab hamdan.

“masalahnya aku takut urine test sangkut”, tambah aku lagi.

“engkau jangan takut la. Tak sangkut punya. Aku jamin la. Aku tahu la, sebab aku dah pernah kena urine test hari tu.”, hamdan meyakinkan aku.

“tak payah takut la halim. Engkau rasa dulu. Kalau engkau tak suka, engkau tinggalkan la benda ni” celah pian pula.

“engkau pun dah pandai main benda ‘alah’ ni?”, aku kehairanan.

“haha. Hidup mesti maju kawan. Kalau lambat kena tinggal la jawabnya.”, senda sharif.

“maju engkau cakap? Layan benda bangang ni ko kata maju? Mazhab mana la engkau ikut ni syarif? Tak pernah aku dengar. Sejak bila pulak engkau layan benda – benda macam ni? Setahu aku engkau cukup anti dengan budak – budak yang layan ‘stim’ ni”, bidas aku.

“aku anti budak layan gam je la. Gam tu kimia kuat. Lalok dia pun tak sama macam lalok benda ni. Benda ni lagi ok. Engkau boleh control diri engkau, tu pun kalau kau tak overdos la.”,sharif membela diri.

“pandai la engkau jawab. Chop. Overdos tu ape? Tak pernah aku dengar pun sebelum ni.”, tanyaku jujur.


bersambung...

2 comments:

Eyka said...

untggg laa pndai tulis novel :P

DamaVK said...

x pandai mana pun..