POLI Bloggerz

Follower

Monday, August 15, 2011

Jalan Kenangan

kedamaian hati bertandang, aku terkenangkan dimana kisah zaman kanak – kanak dan remaja ku yang didewasakan di sebuah tempat bernama kampung sungai rokam. Mengapa namanya sungai rokam aku tidak ingat, yang aku pasti ia adalah tempat aku mengabadikan zaman kanak – Dikala kanak dan remajaku bersama atuk dan opah. Sejak kecil lagi aku sering didik oleh atuk dan opah, walaupun sebelum itu mereka tidak bermastautin di ipoh tetapi tapah. Aku terkenangkan cerita atuk sewaktu dulu. Menurut cerita atuk, dahulu atuk sering mengikut Almarhum Sultan Idris Shah. Bah kan ketika Almarhum sultan masih kecil atuklah salah seorang pengasuhnya. masih segar di ingatan aku pabila atuk menceritakan rentetan cerita kehidupannya kepada aku berkongsi suka dan duka.

“dulu aku ngikut sultan idris. Tu sebab aku boleh jadi orang besar istana. Masa aku ikut dia, aku bangun pagi-pagi lagi, dalam pukul 4 lebih kurang. Aku hidupkan enjin kereta dia.”

atuk sorang aje ke?”, aku bertanya.

“idak le. Aku dengan kawan – kawan aku le dua tiga orang lagi. Tuanku bangkit awal. Lepas die makan die akan keluar. Atuk dan kawan – kawan akan bertanya hari ini hendak kemana. Tuanku bagi tau le die nak kemana. Aku ngikut je. Satu hari tu, tuanku ajak main polo. Aku pulak mase tu baru nak belajar tunggang kude. Mase aku nak suruh kude tu lari, aku lupe aku tak genggam kuat, penyudahnye aku jatuh. Lepas kejadian tu, ak ngadap Almarhum sultan. Aku mintak izin nak balik ke kampung.”

“Oh, itu ceritanya. Habis tu, macam mana atuk jumpa opah?”, aku bertanya lagi.

Atuk merenung jauh. Renungannya menembusi aliran masa yang memutarkan seribu kenangannya di masa lalu. Atuk menarik nafas dalam – dalam kemudian atuk menyambung ceritanya.

“aku jumpa opah kamu masa aku di malim nawar. Masa tu aku kerja sebagai pemandu teksi. Aku belum jadi orang besar perak mase tu. Halim, boleh kamu buatkan aku milo? Dahaga benar rasanya tekak aku ni.”

Aku hanya menganguk perlahan. Tika cerita itu berhenti disitu, aku dapat merasakan bahawa cerita – cerita atuk hampir luput dari ingatannya. Sudah adat dunia apabila usia meningkat, kenangan akan turut serta terhakis dari ingatan. Kasihan aku melihat atuk yang sering termenung sendirian selepas ketiadaan arwah opah. Riak wajahnya seperti merindukan sesuatu yang pernah dilakukannya dahulu.

“Mungkinkah atuk merindui pak long dan pak ngah serta cucu cicitnya?”, desis hatiku.

Setelah aku siapkan air minumanya, aku letakan diatas meja kecil disebelah atuk. Aku melihat wajah atuk. Anak matanya mengecil, berair. Adakah itu bererti atuk sedang bersedih?.

“Atuk, minum la air ni dulu.”

“Hai, udah siap? Laju. Boleh kamu buka kedai makan ye?”

Aku ketawa. “ tak mungkin la atuk. Lagi pun halim tak minat la nak buka kedai makan nie. Dapat keje gomen pun da cukup tuk. Atuk, Halim nak tanya sikit boleh?”

“apa dia?”

“jauh atuk termenung tadi. Fikirkan apa?”

Atuk diam seribu bahasa. Matanya merenung jauh kedalam mataku. Kemudian atuk mengalihkan semula pandanganya keluar. Atuk menarik nafas dalam – dalam seolah – olah dadanya begitu sempit. Redup matanya memandang aku semula.

“halim, kamu rasa pada usia macam aku nie ape yang patut aku buat?”

Aku diam seribu bahasa. Cuba menyusunan kata – kata agar ianya menjadi semangat pada atuk. Aku termenung jauh meninggalkan atuk yang masih menunggu jawapan daripada aku.

“halim, ape yang kamu menungkan? Kamu tak dengar ke soalan aku tadi?”

Atuk menjadi kurang selesa. Riak wajahnya benar – benar meminta pendapatku.

Dalam nafas yang panjang aku katakan pada atuk, “ atuk dalam usia yang begini rasanya elok atuk kawin satu lagi kot.”

“ sape le yang ndakkan aku pada usia macam nie halim? Kamu tau ke usia aku berapa tahun?”

“hahaha. Atuk, usia bukan penghalang la. Lagi pun sedih la halim tengok atuk asyik termenung sorang – sorang. Kalau atuk ada teman baru mungkin atuk dapat berkongsi suka dan duka atuk bersamanya. Tambahan pula, halim bukan ada di ipoh dah lepas ni.”

Kini, giliran aku pula memalingkan pandangan aku ke luar. Aku mula berfikir bahawa ada benarnya kata – kata aku tadi. Namun, aku dapat melihat kegusaran pada wajah atuk. Masakan tidak, sebelum aku menamatkan persekolahan, tika itu aku berada di tingkatan 5 dan aku tidak dapat menyertai satu program anjuran sekolah kerana atuk berkahwin lagi. Bila aku mengajak teman – teman aku mereka semua tertawakan aku seolah – olah aku membohongi mereka. Kata mereka mana mungkin atuk aku mahu berkahwin lagi pada penghujung usia 80 an. Tambah mereka lagi ada kemungkinan aku yang dikahwinkan. Aduhai mentaliti budak – budak ketika itu. Semuanya mustahil bagi mereka. Namun aku ketepikan semuanya dan menyertai majlis penyatuan antara atuk dengan opah yang baru. Tapi sayang, segalanya tidak bertahan lama kerana opah baru itu tidak tahan dengan karenah atuk yang pelbagai. Mungkin disebabkan itu wajah gusar itu timbul lagi sejak kali terakhir aku melihatnya ketika atuk kembali ‘berseorangan’. Sedih aku melihat wajah itu.

“kamu tak ada di ipoh? Kamu nak kemana?”

Pertanyaan itu mematikan lamunan aku.

“halim dapat kerja kat kilang proton. Kilang baru dia kat tanjung malim.”

Atuk diam seribu bahasa. Apakah perasaan atuk pada tika ini. Ingin sekali aku bertanya tetapi ianya bagaikan tersangkut di kerongkong.

“kenapa atuk?”

Sunyi. Atuk tidak segera menjawab. Seolah – olah dia sedang memikirkan sesuatu. Tika ini, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang bermain di fikiran atuk. Atuk mula bersuara.

“bagus la halim. Kamu tu anak lelaki sulung. Elok kamu kerja, cari pengalaman dan belajar dari kesilapan. Hidup ni mudah halim. Manusia saja kadang – kala merumitkan keadaan. Halim aku letih ni. Aku nak baring sekejap. Kalau aku tertidur kamu kejutkan aku sebelum maghrib ya?”

“baiklah atuk.”

Aku menjawab ringkas. Segera aku meninggalkan atuk bersendirian di dalam bilik tidurnya. Namun aku masih tertanya – tanya. Apakah atuk sedih seandainya aku tiada?. Aku biarkan persoalan itu berlegar di ruang fikiran. Malam itu, seperti biasa aku memasak untuk atuk. Aku sangat menggemari nasi goreng buatan aku. Terkadang aku merasakan diri ini dimanjakan dan pabila di puji terasa dadaku kembang seperti dipam angin. Namun tidak pernah sekali aku hanyut dalam pujian itu. Padaku pujian atuk hanya gurauan. Selesai sahaja atuk dan aku makan malam, atuk kembali kebiliknya untuk menunaikan solat isya’ pula. Aku pula sibuk membantu ibuku mengemas dapur. Malam yang kini menginjak perlahan – lahan mula menampakan kesanya pada diriku. Mata mula layu, mulut menguap tanpa henti, namun kotak fikiranku masih lagi memikirkan tentang perbualan aku dengan atuk petang tadi. Serasakan semacam ada sesuatu yang menimbulkan tanda tanya. Namun ku pejamkan mata dan terlena sehingga pagi.

Pagi yang agak suram menyapa tubuhku. Lembut ia membelai kulitku namun bisanya menerjah ke tulang kering ku. Rupa – rupanya hujan renyai membasahi bumi pagi itu. Serasakan janggal pabila tiada gigitan manja sang mentari pagi itu. Segera aku berlalu pergi ke bilik air untuk membersihkan diri serta merta.


bakal bersambung....

5 comments:

abah khalisha said...

Panjang dah baca ni..ingat abis dah cite rupanya bersambung ya?

http://abahkhalisha.blogspot.com/2011/08/teknik-baru-pakai-shawl.html

Gadis Butterfly said...

best citer ni...
xsabar nk tggu sambungannye...

DamaVK said...

huhuhuhu.... tngu ya...

DamaVK said...

abah khalis.... x leh buka la blog awk... asal ek???

ecah said...

singgah cak2 kt cini ;)