Aku terdengar suara memanggil, ramai yang dipanggil
Namun tetap sunyi kerana tiada yang tampil
Sedih
Sekali lagi suara itu memanggil, ramai yang dipanggil
Tertampil dua orang, tiga orang, empat orang
Kukira hanya sepuluh orang
Suara itu masih tidak jemu memanggil, ramai yang dipanggil
Kali ini ramai yang hadir, menggelilinginya sambil bergurau senda
Sambil nikmati hidangan
Sehingga waktu ini suara itu masih lagi memanggil, ramai yang dipanggil
Terdapat dua barisan tentera uzur yang mengimarahkannya
Namun tertinggal sedikit mengantuk katanya
Buat kali terakhir suara itu memanggil, ramai yang dipanggil
Tiada yang hadir, yang ada hanya yang tinggal sahaja
Satu barisan tentera uzur
Penat sudah suara itu memanggil, waktu rehat pula menjelang
Sehingga esok, dan suara itu akan kembali memanggil
Tanpa ada rasa jemu atau jelek
Memanggil agar memenuhi segenap ruang masjid, surau, mushollah
Atau apa sahaja yang kita namakan ia
Agar kita sentiasa beringat kepadaNYA
Agar sentiasa tidak leka
1 comment:
wey too small to read ler..
Post a Comment