POLI Bloggerz

Follower

Saturday, August 7, 2010

Tanpa Chenta

Suasana dingin menyapa hati
Sesekali tiupan bayu mengelus diri
Ku labuhkan sauh di tepian kali
Mengenang akan hidupku ini

Sendirian aku itu sudah biasa
Kosongnya jiwa kerana hilang isinya
Suram terasa seangkatan dunia
Namun hati masih membatu jua

Kemana perginya perasaan itu
Yang pernah lahir dari hatiku
Seolah lenyap tanpa dapat dikesan
Membuatkan aku selalu kesunyian

Terlalu sukar hidup tanpa CHENTA
Kerana CHENTA akan membahagiakan
Namun CHENTA tidak mudah di dapat
Kerana kesuciannya dipelihara di langit 7

Aduhai sukar menikmati CHENTA
Sedang aku masih tercari – cari CHENTA
Yang dapat CHENTA pasti gembira
Yang tidak dapat CHENTA berterusanlah merana

Bertapaklah aku di bumi ini
Merata dan melatalah aku mencari CHENTA
Biar jauh akan ku cuba jua
Kerana CHENTA itu cukup berharga

No comments: