
Kala telinga tuli jadinya
Kala mulut manisnya melebihi gula
Kala itulah aku terjatuh jua
Bila ia hadir aku sendiri tidak mengerti
Ada saatnya aku dalam lamunan sen
diri
Ada ketikanya aku terasa sunyi
Bila memikirkan tentang dia puas terasa di hati
Pada masa bila aku tersadung aku tidak tahu
Tiba – tiba sahaja darah terus menderu
Memacu ardelin tepat ke akal ku
Terasa hangat seluruh anggotaku
Kini aku sudah mabuk kepayang
Siang malam asyik saja terbayang
Bagai siang tanpa mentarinya
Bagai malam tanpa bulannya
Namun si dia tidak pernah tahu
Tentang perasaan yang ada pada ku
Aku rela merahsiakan sahaja perasaan ini
Daripada melihat reaksinya menjauhkan diri
Setelah sekian lama baru aku tahu
Bahawa si dia sudah ada yang punya
Aku harapkan dia membalut lukaku
Belum sempat aku luahkan rasa aku yang kecewa
Bagi ku itulah lumrah jika terjatuh chenta
Kerana jika sekali terjatuh hati terus membuta
Mujurlah aku masih ada akal yang meraja
Jika tidak pasti aku akan terusan merana