POLI Bloggerz

Follower

Thursday, June 24, 2010

Pengemis Dunia

Kembara ditanah pusaka
Mencari rezeki dikala senja
Entah kemana hala tujunya
Mengikut rentak langkah kakinya

Hamis baunya sudah pun lali
Bayangan hitam sudah tidak bererti
Deretan sampah menjadi saksi
Itulah rezeki bagi hari ini

Biar kelam jalan dihadapan
Diteruskan jua perjalanan kehidupan
Biarlah hina dimata insan
Kerana mereka bukan muka pengadilan

Tidak payah bukan bererti tidak perlu
Maksud tersirat terkandung di situ
Segalanya demi mencari keredhaanMu
Biar sedikit amat berharga padaku

Wahai si pengemis dunia
Jangan menjadi pengemis yang hina
Sedarlah engkau dari tidurmu
Bangunlah sujud kepada Rabbmu

Fahamilah cubaan keterangan ini
Siapa pengemis di dunia ini
Carilah dia dalam keramaian
Kerana disitu terdapat ketenangan

Akal dan nafsu menjadi satu
Siapa raja siapa hambamu
Pilihlah mereka salah satu
Untuk menjadi raja dan hambamu

Aku mengarut sekadar suka ria
Namun dalam senda ada cerita
Jika ia tiada ertinya
Maka biarkan saja dan lupakan ia

No comments: