POLI Bloggerz

Follower

Tuesday, September 4, 2012

G.E.L.A.P



Gelap
Satu pun aku tak nampak
Bayang apatah lagi
Cahaya neon pun tidak menemani pandangan
Suara – suara
Pada waktu ini sahaja jadi santapan
Pada pendengaranku

Masakan masih gelap?
Kokokan ayam sudah berbunyi
Panas mentari mula menggigit lapisan tubuh bumi
Terbayangkan kesibukan orang – datang dan pergi
Namun pandanganku masih lagi gelap

Apakah semua ini? Siapa yang hendak membantuku?
Heretlah aku! Tolong! Tolong! Tolong!

Monday, July 30, 2012

Kejernihan (Khas Untuk Iftar Ahad BP)

Titisan kejernihan merembes,
membasahi dunia,

                apalah yang ada pada diri ini?
                sering kali menyepikan diri,
                sembunyikan hati,
                tak siapa pun akan peduli,
                dan akhirnya aku tertekan.

jika titisan jernih ini tertahan,
apa yang terjadi pada dunia?

                ayuhai jiwa,
                ayuhai duka,
                ayuhai lara,
                diam tersemat di hati,
                menikam dengan manikam bisa,
                hancur!

Sudah!
biarkan aku sendiri di sini,
bersama kejernihan hati.

Wednesday, July 18, 2012

Lambaian Terakhir


Disisiku sepi
Aku diam

Ku lihat mata –mata duka
Redup pandangannya
Ingin sekali aku bertanya
Mengapa kalian berduka?
Sudah suratan
Maka bersabarlah

            Iya. Aku rela
            Pulanglah engkau kehalamanmu
            Mungkin satu hari nanti engkau kembali
`           membawa satu erti
            Membawa satu siri agung

Itu sudah pasti
Keagunganku pasti tiba
Selamat tinggal pangkor!

Wednesday, July 11, 2012

Ombak


Terdiam aku sepi
Dalam nilaian pendengaran
Bisikan – bisikan suara angin

Halusnya
Sehalus bisikan syaitan
Diam dalam  nadiku
Kata-katanya ada nada
Kecewa;sedih;duka;
Rindu pada sesuatu katanya

Aku pelik – terus aku bertanya –
Mengapakah semua ini engkau luahkan sedangkan ada ramai disisimu tika ini?
Tidak bersyukurkah engkau?
Penuh sesak disini
Kepanasan

Biarkan
Ombak dengan kesedihannya
Kesepiannya
Mentari esok pasti ada menceriakan semula

Tuesday, July 10, 2012

LARIAN DUKA


Semalam baru sahaja bertemu
Menceritakan sebuah kisah suka
Hari ini sunyi melanda

Satu panggilan cukup buatmu
Sangat memedihkan
Sangat memilukan
Terhiris hati ditusuk duri
Bisanya menerjah segenap ruang
Bagai tiada peluang lagi

Aku berlari
Dalam sendu aku berlari
Percikan peluh duka terpempan diwajahku

Letih sudah aku berlari
Kini aku mahu berhenti
Buat selamanya

Tuesday, June 19, 2012

LAMUNAN KU


Waktu terus beransur pergi
1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 5 saat
Hilang begitu saja
Pergi meninggalkan kita
Sedangkan kita masih tetap disini; tanpa perubahan

Saat
Ianya tampak kecil dimata kita
Tanpa sedar dalam saat itu punya saat yang lain
Menerangkan konsep dunia ini yang kompleks
Seperti saat yang mudah itu
Kita sendiri keliru dalam pengetahuan

Bila kita berbicara sedarkah dalam bicara itu ada bicara
Kompleknya dunia ini
Biar jauh, biar lambat, kita pasti akan bertemu
Kenal atau tidak kita tetap akan bertemu
Tidak didunia ini pasti didunia sana

Mengertikah apa erti hidup?
Mengertikah apa erti sebuah kehidupan?
Soalan pasti punya jawapan
Namun dalam soalan ada soalan yang lain
Ianya tersingkap di balik tadbir
Tidak siapa yang sedar
Hanya yang berfikir akan sedar

Wednesday, January 4, 2012

Festival Puisi Dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor










selamat bertemu kembali.. huhu... lame da menyepikan diri kan? x pea la... sibuk cari idea... ape pun nie adalah festival puisi dan lagu rakyat antarabangsa 2 yang diadakan di pangkor pada 18 dan 19 disember hari tu... acara nie da jadi acara tahunan negeri perak... so.. atas nie gambar2 yg sempat dirakam la.. (hehe gambar aku x dea plak)... Enjoy

Thursday, December 29, 2011

Jangan di ubah!


Biar ayah ajarkan pada anak – anak sekalian
Pertama sekali akan ayah ajarkan  nama-nama pohon dihadapan kalian. Yang berambut itu namanya durian. Yang berduri itu manggis. Yang kuning itu punya buah kecil – kecil itu namanya betik.
Wahai si ayah, ajaran apakah itu?
Bukankah sejak azali bagi yang berambut itu dipanggil rambutan ;
Yang berduri itu  durian ;
Yang punya buah kecil – kecil kekuningan itu langsat;
Mengapa engkau ubah?
Apakah engkau cuba memperbodohkan anak – anakmu?
Atau engkau cuba menghapuskan identiti buah – buah itu melalui namanya yang telah engkau ubah?
Dengarlah nasihatku,; jangan diubah!
Kelak nanti engkau binasa
Jangan diubah!
Apa pun jangan diubah!
Kerana itu asalnya.

Friday, October 7, 2011

Jalan Kenangan V

Overdos ye... emmm. Overdos”, sharif mengulang – ulang perkataan itu.

“sudah la sharif, tak tahu cakap tak tahu. Jangan nak berlagak macam tahu pula. Halim, overdos dalam bahasa melayu melebihi had.”, ujar hamdan.

Aku memandang kepada kawan – kawan aku yang lain. Kelihatan man biawak sedang leka ketawa seorang diri, zam tekong sudah seperti orang yang menahan tidur kerana matanya sekejap – sekejap terpejam, dan pak ya pula menirap sambil mengintip seperti seorang polis lagaknya.

“kau tengok la apa jadi bila tak dapat nak kawal, dah macam orang gila aku tengok diaorang ni. Lagi kau nak suruh aku layan benda ni?”, aku membidas.

“diaorang tu tadi dah overdos. Tu sebab jadi macam tu. Sekali telan nak banyak. Aku dah larang tadi, tapi diaorang degil. Nak tunjuk hebat konon, 4 biji tak boleh nak layan lebih. Sekarang rasakan. Padan muka!”, mencuka pian.

“sekarang ni aku hanya ajak sahaja, kalau nak layan jom lepak rumah kau kat ipoh jaya tu. Rumah tu dah takde orang kan? Kalau kau tak nak layan benda ni pun jom la lepak kat rumah kau tu, bahaya lepak depan rumah aku ni. Diaorang ni pun dah lalok semacam je.”, pinta halim.

“bahaya? Oh, baru tahu bahaya. Sebelum ni? Dengan selamba katak je korang layan, langsung tak fikir soal bahaya. Bila dah macam ni baru nak fikir.”, kali ini aku membidas dengan ayat yang sedikit pedas.

“sudah la halim. Sekarang ni kau bagi atau tidak? Kalau tak bagi aku tak kisah”, pian bagi kata putus.

“bukan aku tak nak bagi, tapi dah ada orang duduk rumah tu. Tak kan korang tak tahu?”, tanya ku.

“la ye ke? Tak perasan pulak aku. Tapi hari tu masa aku lalu depan rumah tu memang aku ada nampak motor. Aku ingat motor kau, rupanya bukan lah ye?”, soal hamdan dalam keadaan keliru.

“oi cik abang, kalau dia dah ada motor apa susah payah aku nak kena datang ambil dia kat rumah? Kau ni pun satu la hamdan.”, shariff mula bersuara.

Sedari tadi dia asyik membisu sahaja. Namun kedengaraan pelik malam itu. Seperti orang yang terlalu letih dan tidak mampu berkata – kata dengan betul. Mungkin ini adalah kesan akibat daripada nospen.

“hah! Aku lupa la. Habis tu sekarang ni macam mana pian? Port ni dah panas ni”, tanya hamdan sambil memalingkan wajahnya ke arah pian.

“macam mana apa? Macam ni je la. Cuma satu je yang kita kena buat. Ushar line. Agak – agak kalau bahaya sampai bagi tau la”, kata pian.

“siapa yang nak ushar line?”, aku mencelah.

Kali ini semua mata memandang aku.

“ok. Aku faham.”, aku menanguk tanda mengerti.

“good then. Thanks kawan”, pian berterima kasih.

“tak dak hal la”, jawab ku.

Malam itu aku menyaksikan bagaimana kawan – kawan yang aku kenal sejak dari sekolah rendah merosakkan diri mereka sendiri. Aku berlalu pergi meninggalkan mereka yang telah hanyut dalam khayalan mereka dengan hati yang sedih.


bersambung...

Wednesday, September 28, 2011

Jalan Kenangan IV

Pagi yang hening membawa aku berkelana jauh di alam fantasi. Bercinta dan dicintai. Bila aku berdiri di bumi nyata, tiada semua itu. Hilang dibawa kabus. Sepi. Aku melihat sekeliling. Suasana begitu sunyi sekali. Atuk tidak kelihatan. Begitu juga ibu dan abah serta adik – adik ku yang lain. Along sedari awal pagi lagi sudah berangkat pergi kerja. Aku merenung sejenak. Aku melihat jam dinding yang tergantung di dinding bilikku menunjukan jam 7.00 pagi. Diluar keadaan masih lagi seperti semalam. Hujan renyai. Aku keluar dari bilik tidurku dan menuju ke bilik air yang berhampiran dengan dapur. Dalam perjalanan menuju ke bilik air, sempat aku merenung jam dinding yang tergantung di dapur.

“ betul ke ape yang aku tengok ni?”, desis hatiku

Aku menggosokan mataku. Sekali lagi aku memandang tepat pada jam tersebut. Masih tiada perubahan. Tiba – tiba ada suara menegurku daripada belakang.

“ lewat benar kamu bangun halim?”, tanya atuk.

“lewat?”, aku mula kaget.

“ cuba kamu tengok jam tu, dah pukul berapa?”

“jam ni tak betul la tuk, jam bilik halim baru pukul 7.00 tuk.”

“pukul 7.00 kamu kata! Semalam aku dah tegur kamu tentang jam di bilik kamu bukan? Kenapa kamu tak tukar lagi baterinya? “

Aku diam, cuba mengingati apa yang terjadi semalam. Nah! Aku terlupa untuk menukarkan bateri jam bilikku semalam kerana asyik sangat menonton “national goegrapic” di astro. Sedangkan aku tahu siaran itu akan diulang tayang semula.

“habislah aku kali ini, berderai la telinga aku hari ini”, gumam hatiku.

“halim, kenapa kamu diam? Sejak kamu pulang dari tanjung malim kamu sudah jadi semakin tidak bertanggungjawab. Kenapa macam ni halim? Kenapa kamu berubah sedemikian rupa? Aku ingatkan setahun kamu di sana kamu semakin bertanggungjawab. Tapi aku silap duga kamu halim. Kamu masih lagi seperti anak kecil yang degil. Tidak mahu mendengar kata. Apakah dunia di tanjung malim tidak mengajar kamu apa – apa?”

Aku masih lagi membisu.

“aku benar – benar kecewa dengan sikap kamu halim. Kamulah satu – satunya cucu lelaki yang aku harapkan. Adik kamu tu masih bersekolah lagi. Sudahlah halim. Tak payah aku nak panjang – panjangkan cerita. Kamu sendiri tahu mana baik buruknya. Fikir la halim. Pergilah mandi. Kejap lagi zohor dah nak masuk.”

Atuk berlalu pergi tanpa bebelan yang panjang kali ini. Dari reaksi wajahnya aku tahu dia kecewa dengan sikapku. Aku melangkah ke bilik air lambat – lambat sambil memikirkan apa sebenarnya yang sedang aku lakukan. Aku membersihkan diri ala kadar. Azan zohor sudahpun berkumandang. Aku segera bersiap untuk menuju kemasjid. Hajat di hati mahu pergi bersama atuk dan menyejukan hatinya. Namun apa yang dihajatkan tidak kesampaian apabila atuk meninggalkan aku keseorangan. “marah benar atuk padaku,” desis hatiku. Maka, terpaksalah aku berjalan kaki menuju ke masjid. Aku jadikan payung sebagai peneman diri bagi mengelak daripada dibasahi hujan. Walaupun hujan, aku tetap gagahkan diri untuk menuju ke masjid. Sudah menjadi kebiasaan diriku apabila aku punya waktu yang lapang aku akan berjemaah di masjid. Aku memegang nasihat arwah opah yang sering kali mengingatkan aku agar solat berjemaah.

“halim, jika kamu ada kelapangan rajin – rajinlah ke masjid. Berjemaah bersama jemaah lain. Walaupun bukan pahala yang kamu kejar tapi kamu lihatlah dari sudut kemasyarakatan. Bermasyarakat juga dituntut oleh islam kan halim?”, nasihat opah.

Kata – kata nasihat itu masih terngiang – ngiang di telinga ku. Dan kerana itulah aku gagahkan jua diriku untuk menuju ke masjid. Sampai sahaja di masjid, aku tercari – cari kelibat atuk. Tidak kelihatan. Rasa bersalah mula membungkam diri. Tok bilal sudah mula mengalunkan “iqamah”. Kelibat atuk masih juga tidak kelihatan. Aku berdiri di saf yang hadapan sekali. Walaupun aku sudah bersedia untuk menunaikan solat, namun hatiku tidak bersedia. Di fikiran masih lagi memikirkan tentang atuk.

“seburuk – buruk manusia adalah manusia yang mencuri ketika solat”.

Aku menoleh kebelakang. Terpampang wajah atuk yang tenang. Sedikit senyuman terukir dibibirnya.

“Atuk!”, dalam nada yang agak keras aku bersuara. Kelihatan semua jemaah memandang kepadaku.

“ maafkan halim tuk. Halim janji, halim tak kan ulang lagi kesilapan yang sama. Maaf kan halim tuk”, sambil tangan ku menyalami atuk dan kepalaku tunduk cium tangannya. Terasa manik – manik jernih mengalir di pipi.

“ sudahlah halim. Jaga tingkah kamu dalam masjid. Tengok, ramai yang memandang kita. Pergilah berwuduk semula. Wuduk kamu dah batal tu. Cepat sikit ya”, aku mula bersuara.

Teresak – esak aku berlalu ke tempat wuduk. Atuk memenuhkan ruang di saf yang aku tinggalkan. Hatiku mula terasa lega. Sepantas mungkin aku berwuduk. Kedengaran imam sudah mula mengangkat takbir. Dengan hati yang tenang aku masuk semula saf di belakang atuk.

Selesai menunaikan solat zohor, aku dan atuk menuju ke pekan lama untuk menikmati juadah tengah hari. Jika orang ramai sibuk dengan nasi kandar balai polis pekan baru, bagi keluarga aku nasi kandar pekan lama lebih sedap. Ironinya, walaupun hujan renyai tempat yang sempit itu dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Terkadang aku berfikir, apakah kelebihan nasi kandar disini. Walaupun aku sangat menyukainya tetapi aku sendiri tidak tahu apa kelebihannya. Sudahlah mahal, sekali makan belum tentu kenyang. Kesibukan jalan itu menyebabkan aku teringatkan zaman kegemilangan daerah kinta sebagai daerah pengeluar bijih timah utama negeri perak. Walaupun tika itu aku masih belum dilahirkan, namun dapat aku bayangkan kesibukannya pasti sama seperti sekarang. Cuma yang berbeza hanyalah waktu dan barang dagangan yang mereka perdagangkan.

Hujan sudah pun reda. Serentak dengan itu aku dan atuk sudah pun selesai menikmati nasi kandar. Suasana kini bertambah sibuk. Yang berjalan kaki, yang berbasikal dan yang bermotor semuanya keluar semula mencari rezeki demi sesuap nasi. Di hadapanku terbentang rumah flat yang tidak pernah aku kira tingkatnya. Kelihatan agak suram. Tiada warna – warna ceria menghiasi dinding flat tersebut. Dapat aku bayangkan seandainya satu – satu keluarga itu mempunyai anak yang ramai. Tiada lagi keselesaan. Sedangkan aku yang menyewa di tanjung malim pun rasa tersiksa dengan rumah flat. Benar kata orang, alah bisa tegal biasa. Hidup yang aku alami di tanjung malim membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada diriku ini. Apa jua situasi aku mampu bertahan sehinggakan satu ledakan dari hati yang menyatakan hasrat ingin belajar membuatkan aku meninggalkan kesengsaraan lama untuk menuju kesengsaraan yang lebih mencabar kewibawaan aku sebagai manusia. Seorang yang bakal menjadi pelajar semestinya harus bersedia dari segi mental, fizikal apatahlagi kewangan yang mengekang aku dari segala kemahuan diri. Tanpa aku sedari, kereta yang di pandu atuk sudahpun sampai ke rumah.

“ halim”, seru atuk.

“ ya atuk”

“jangan kamu ulang lagi kesilapan kamu hari ini. Aku tahu sebagai manusia mana mungkin kamu terlepas dari kesilapan. Aku maafkan kamu. Tapi kamu kena ingat akibat kelalaian kamu itu”

“baik atuk”

Aku meninggalkan atuk dan terus menuju ke bilikku.

“akibat kelalaian aku?”,aku menggumam sendirian.

“ apa akibatnya? Kena pergi masjid jalan kaki? Berlapar? Kalau itu semua aku sudah biasa menghadapinya. Tapi reaksi atuk sebentar tadi seolah – olah menyembunyikan maksud sebenar akibat itu”, sendirian aku berbicara pada diriku.

Sedang aku berfikir, telefon bimbitku berbunyi; satu pesanan ringkas.

bro ada mana? Jom la lepak umah hamdan mlm ni. Blh jmpa”

Siapa ni?”,aku bermonolog.

“maaf ya. Blh sy tau siapa anda?”, aku membalas pesanan ringkas tersebut.

Sekali lagi telefon bimbitku berbunyi.

x kn x kenal aku kot? Bru keje sthn da lpe member. Ni pian la”

pian? Pian nam ke? Weh lme x jumpe ko. Wat pea jea skrng?”

“huhu. Igt pn. Keje la. Tp ri ni ak cuti. Dh la nk smbg panjang mlm nie lepak rumah hamdan, ok?”

“ok bro. Mlm nie aku dtg”

Aku menamatkan perbualan melalui sistem pesanan ringkas tersebut dengan memberikan kata putus untuk melepak bersama. Aku tahu budaya melepak itu adalah budaya yang tidak sihat. Akan tetapi bagi pemuda – pemuda awal 20-an seperti aku memilih medium tersebut bagi mengelakan rasa bosan akibat seharian terperap di rumah atau berkerja. Aku sedar dikalangan rakan – rakan ku ramai yang terpengaruh dengan gejala –gejala tidak sihat. Aku sendiri pernah melalui detik – detik hitam dimana kali pertama aku diperkenalkan dengan “nospen”.

“sedap sangat ke korang layan benda ni?”, aku bertanya.

“sedap tu aku tak tahu nak cakap. Terpulang pada individu yang menilainya. Tapi kalau engkau tanya seronok atau tak, memang seronok layan benda ni”,jawab hamdan.

“masalahnya aku takut urine test sangkut”, tambah aku lagi.

“engkau jangan takut la. Tak sangkut punya. Aku jamin la. Aku tahu la, sebab aku dah pernah kena urine test hari tu.”, hamdan meyakinkan aku.

“tak payah takut la halim. Engkau rasa dulu. Kalau engkau tak suka, engkau tinggalkan la benda ni” celah pian pula.

“engkau pun dah pandai main benda ‘alah’ ni?”, aku kehairanan.

“haha. Hidup mesti maju kawan. Kalau lambat kena tinggal la jawabnya.”, senda sharif.

“maju engkau cakap? Layan benda bangang ni ko kata maju? Mazhab mana la engkau ikut ni syarif? Tak pernah aku dengar. Sejak bila pulak engkau layan benda – benda macam ni? Setahu aku engkau cukup anti dengan budak – budak yang layan ‘stim’ ni”, bidas aku.

“aku anti budak layan gam je la. Gam tu kimia kuat. Lalok dia pun tak sama macam lalok benda ni. Benda ni lagi ok. Engkau boleh control diri engkau, tu pun kalau kau tak overdos la.”,sharif membela diri.

“pandai la engkau jawab. Chop. Overdos tu ape? Tak pernah aku dengar pun sebelum ni.”, tanyaku jujur.


bersambung...

Tuesday, September 27, 2011

Perjuangan I

BAB 1

di pagi subuh itu, udara yang sejuk dan nyaman menyelubungi sanubari. Terdapat sebuah rumah yang terletak jauh dari pandangan orang. Penghuninya serba daif. Hasil mereka hanyalah dengan mengambil upah menorah getah. Teratak yang mereka bina ini adalah ehsan daripada tuan tanah yang membenarkan mereka tinggal di sini. Tuan tanah tersebut hanya mahu dikenali sebagai Tuan Syed. Katanya cukuplah sekadar mengetahui nama hadapan agar lebih mesra. Sungguh karim dan aisyah tidak mengetahui siapa tuan syed. Karim dan aisyah punya 3 orang anak. Yang sulung bernama fazrul, yang kedua fazril dan yang bongsu faizul. Hanya itulah harta yang mereka ada. Sebagai seorang abang yang sulung fazrul sering membantu ibu dan ayahnya menjaga makan minum adik – adiknya disamping menoreh jika ada kelapangan. Puas en. Karim menasihati anak sulungnya itu, namun fazrul tetap berkeras mahu membantu walaupun tahun ini dia akan menduduki peperiksaan SPM.

Berlainan pula dengan fazril yang sering sahaja meminta – minta dan tidak rajin berusaha mendapatkan sesuatu. Acapkali, dia dan fazrul bertekak. Hal ini membuatkan pn. Aisyah sedih sekali. Sungguhpun begitu, fazril dan fazrul sering sahaja bersepakat sekiranya sesuatu itu mendatangkan faedah pada kedua – dua belah pihak. Pada tahun ini, fazril akan menduduki peperiksaan PMR. Masanya banyak dihabiskan di rumah sahaja atas alasan mentelaah buku demi masa depan. Si kecil faizul pula seorang anak yang pendiam. Tidak pernah membantah dan sering sahaja dibuli oleh abangnya fazril. Sungguhpun begitu, faizul tidak pernah berdendam dengan abangnya itu. Pada faizul, abangnya itu selalu berada disisinya ketika en. Karim dan pn. Aisyah tidak berada dirumah. Ketika bersama fazrul pula faizul sering bertanyakan soalan berkaitan pelajarannya. Tahun ini faizul bakal menduduki peperiksaan UPSR. Nyata sekali ketiga – tiga anak en. Karim dan puan aisyah mempunyai karenah tersendiri. Walaupun sikap anak – anak mereka memeningkan kepala namun ada satu lagi persoalan yang lebih memeningkan.

“bang, mana kita nk dapat duit bang? Tahun ini semua anak – anak kita menduduki peperiksaan. Hasil daripada upah menorah pula hanya mampu menampung makan minum kita je bang. Apa kita nak buat ni bang?”

“awk bersabar la. Saya sendiri tengah fikir apa nak buat. Saya tahu anak – anak pun dah segan nak belajar. Cikgu pula walaupun tidak meminta yuran namun saya tetap terasa segan. Tambah – tambah dengan cikgu akmal tu. Semua yuran anak – anak kita dia bayarkan tahun lepas.”

“apa kata abang minta bantuan tuan syed?”

“tuan syed?”

En. Karim tiba – tiba senyap. Memikirkan sesuatu. Jasa tuan syed terlalu besar apabila tuan said membenarkan dia anak beranak mendirikan serta mendiami teratak ini. Mana mungkin en. Karim mahu meminta bantuan tuan syed lagi.

Bersambung...

Thursday, September 15, 2011

JIWA - JIWA DUKA

Bisikan –bisikan di pagi hari

Bisikan dunia asyik sekali

Dalam lamunan cinta, khayalan dunia semata

Permainan manusia lakonkan awataknya

Penuh berhemah, tanpa ada timbul curiga

Aku rela dibutakan mata demi cinta ku padamu

Biar 7 lautan api merentangi dunia, kau tetap kukejar hingga hujung dunia

Biar badai melanda jiwa, cintaku teguh hanya untukmu

Itulah sebaris ayat cinta

Ayat pemuka –pemuka cinta

Mengaku cinta pada mereka – mereka

Biarkanlah hati ini kecewa

Biarkanlah ia

Tanpa cinta kosongkah jiwa?

Hatiku jarang tersenyum manja

Tiada siapa yang mahu bermanja dengannya

Biarkan saja

Kekeringan, sepi

Sendirian

Takdir menyatukan manusia

Takdir jualah memisahkan manusia

Kejamkah takdir itu? Tidak adilkah?

Isi dalam hati

Pancaroba dalam diri

Renunglah kedasarnya

Apa isi yang sebenarnya ia pinta

SEMALAM DI KUALA LUMPUR

Senja menghiasi langit

Unggas mengalun irama syahdu

Malam

Tidak sesunyi dulu

Dimana aku?

Lembaga – lembaga mula keluar

Mencari – cari jalan pulang

Kelihatan semut – semut petrol memenuhi segenap ruang

Sesak

Dadaku terasa sesak!

Sedalamnya aku menarik nafas

Lelah

Aku lepaskan ia dirumah

Berehat seketika

Bersama – sama keluarga tercinta di talian

Hidup di perantauan

Aku mahu pulang

Tidak mahu lagi melihat kucing – kucing terbiar berjalan – jalan

Sakit mataku melihat

Waktu malam itu aku jadikan malam terakhir untuk melihat segalanya

Buntang mata, pekak telinga

Biar ketinggalan kerana kebaikan

Jangan kemajuan kerana keburukan

Paluan Cinta

Redup angin membelai jiwa

Bertebangan dedaunan yang jatuh berguguran ke bumi

Titisan air mata langit membasahi bumi

Menjadi saksi

Lukisan – lukisan para pemotret

Ada yang sedang di potretkan

Jiwa seni

Bersemilah dalam diri

Diamilah hati, berdiri bersama angkuh

Aku lakonkan, jiwa – jiwa kebasahan

Dalam kebasahan ada kehausan

Halus

Sungguh aku mengakui aku seorang pelakon

Terkenal atau tidak?

Bukan soal untuk ditujukan

Berdirilah dihadapan ku para pelakon

Biarku ajar erti lakonan sebenar

Jiwa – jiwa muda

Bergelora dalam lautan dunia

Bagai ribut itu berlaku tiupan sangka kala

Mencari – cari benih

Ditanam ia menjadi pokok

Berduri bisa

Aduh sakitnya!

Tiada siapa peduli

Mati kekeringan sendiri

Paluan cinta memanggil

“Pulanglah KEPANGKUANKU

Wednesday, September 14, 2011

Jalan Kenangan III

Mungkin kerana jiwa lelaki ku. Mungkin juga kerana filem – filem cinta sering sahaja berputar pada persoalan yang sama sehinggakan para penonton mampu meneka apa kesudahannya. Akhirnya aku memilih untuk menonton filem lakonan Van Diesel, iaitu cerita “The Pacifier”. Cerita yang agak lucu dan penuh aksi. Aku mula menonton dan membiarkan atuk didalam biliknya. Sesekali aku terdengar suara atuk berdehem atau batuk. Timbul persoalan didalam hati. “Apakah atuk tidak sihat?”. Namun aku biarkan sahaja persoalan itu berlalu pergi. Sudah menjadi resam atuk menunggu abah pulang barulah atuk hendak ke hospital atau klinik, yang peliknya apabila pak long atau pak ngah mengajak atuk ke hospital atau klinik, atuk tidak mahu sekalipun ibu sendiri yang mengajaknya. Kecuali jika ibu mengajak atuk dan abah hadir sama barulah atuk bersiap hendak ke hospital. Aku sendiri tidak mengerti mengapa atuk terlalu sayang sekali pada abah. Sedangkan abah hanyalah menantunya dan ibu pula hanya anak angkat. Kami empat beradik juga sering kali dimarahi atuk hanya kerana pakaian kami kelihatan tidak kena pada matanya. Namun sekiranya anak – anak pak long atau pak ngah berkelakuan sedemikian tidak pula atauk menegur mereka jauh sekali untuk memarahi mereka. Berlainan pula dengan arwah opah yang sering sajaha menasihati sesiapa sahaja dikalangan cucunya tanpa mengira anak anak siapa mereka itu. Pada mata opah yang salah tetap salah. Terkadang aku lebih menyayangi arwah opah berbanding atuk. Masakkan tidak, siapa yang tidak sakit hati apabila soal pakaian pun boleh menjadi isu. Walaubagaimanapun segalanya punya hikmah. Barulah aku faham kenapa segala tindak tanduk kami sering sahaja atuk tegur sekiranya tidak kena pada matanya. Atuk menyayangi kami seperti mana atuk menyayangi abah dan ibu. Cara atuk menyayangi kami bukanlah dengan memanjakan kami atau memberikan kami segala apa yang kami mahukan. Cara atuk menyayangi kami dengan mendisiplinkan kami, mengawal nafsu kami serta mendidik kami agar kami mampu berdikari tanpa bergantung pada orang lain. Serasakan keluarga kami sangat – sangat berharga dan disayangi atuk. Namun bahagia yang aku kecapi bersama keluarga sudah sampai penghujungnya. Aku perlu melangkah keluar melihat dunia yang lebih luas lagi agar ianya mampu membuka mata dan daya fikiran aku tentang dunia luar. Aku boleh sahaja diibaratkan sebagai kepongpong yang bakal menjadi rama – rama dalam masa beberapa hari lagi.

BAB 2

Aku kini bakal pulang semula ke teratak keluargaku. Pulang bukan untuk seketika, tetapi pulang untuk jangka masa yang agak lama; setahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun mungkin. Tiada siapa yang tahu berapa lama. Yang pasti setelah aku bersedia barulah aku keluar semula kedunia yang penuh cabaran serta ranjau berduri. Setahun aku di kilang proton tanjung malim banyak mengajar aku erti derita, erti berjimat, erti bersahabat, erti etika kerja, erti kejujuran, erti tanggungjawab, dan pelbagai lagi yang tidak pernah di ajar dalam modul teks sekolah. Namun kepulanganku kali ini bukanlah bermakna aku menjadi penganggur yang hanya tahu meminta dari abah dan ibu. Kepulanganku kini kerana aku melanjutkan pelajaran aku di peringkat sijil dalam bidang elektrikal di Politeknik Ungku Omar Ipoh. Semua ini bermula apabila sahabat karibku Hasnah, menganjurkan kepadaku agar menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Masih segar diingatan tentang dialog antara aku dan Hasnah.

“ awak, sampai bila awak nak kerja kilang proton tu? Tak kan sampai beranak pinak?”

“kalau boleh. Itu tak menjadi salah kan?”

“masalahnya, usia awak masih muda. Teman – teman kita ramai yang dah sambung belajar, awk bila lagi?”

“antara pengalaman dan pelajaran, yang mana lebih penting dan berharga?”

Hasnah diam membisu. Berfikir mencari jawapan yang sesuai agar aku merubah fikiran.

“kenapa diam? Tiada jawapanya bukan?”

“tak. Bukan begitu. Pada pendapat saya halim, kedua – duanya sama penting.”

“nantilah saya fiirkan.”

Setelah menekan butang tamat panggilan, aku meletakkan telefon bimbit di sisi kepala. Aku berbaring dan berfikir tentang perkara yang diajukan oleh hasnah. Sedang ligat otakku berfikir, pandangan ku pula semakin kelam dan suram. Semakin lama semakin gelap dan akhirnya aku tertidur. Sehinggalah ke esokan harinya aku tersedar dek azan yang dialunkan oleh bilal masjid yang berdekatan.

“assholatuhairumminannaum”

Ayat itu diulang sebanyak dua kali. Aku mengaku sesungguhnya aku tidak mengerti akan makna ayat itu. Namun ayat itu berjaya menjentik jiwaku yang sering kali liat untuk bangun menunaikan solat subuh. Sungguhpun begitu, aku masih mengetahui batas – batas agama dan apa yang wajib, apa yang harus, apa yang haram dalam islam. Pernah sekali aku hampir – hampir menjerumuskan diri kedalam agama kristian atau dalam bahasa yang lebih mudah di fahami aku hampir – hampir murtad. Ini semua hanya kerana aku mula berfikir untuk mencari kebenaran dalam beragama. Aku mula mencari siapa aku, siapa tuhanku, siapa nabiku, apa tujuan aku diciptakan dan pelbagai lagi persoalan tentang agama aku timbulkan. Namun Allah masih menyayangi aku walaupun aku jarang sekali menunaikan janjiku untuk bersama denganNYA 5 kali sehari. Ada sahaja perkara – perkara yang berlaku di hadapan mataku menunjukan kebesaranNYA. Hal ini membuatkan aku menitiskan air mata kesyukuran kerana aku masih lagi berada dibawah payung kasih sayangNYA. Selesai sahaja menunaikan solat subuh aku duduk seorang diri. Aku merenung kedalam diri; sedalamnya. Aku berfikir dan aku cuba memahami erti kehidupan. Di pagi itu juga aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku. Aku menerima cadangan Hasnah untuk menyambung pelajaran. Setulusnya aku sudah tidak mahu lagi memohon untuk masuk ke mana – mana politeknik dek kerana kekecewaan lalu, namun kali ini aku bertekad dan menguatkan semangat. Ada yang kata aku menyambung pelajaran hanya kerana seorang perempuan, ada juga yang mengatakan bahawa aku pasti akan menyesal kerana berhenti daripada kilang proton. Tidak kurang juga yang memberi nasihat atau kata – kata semangat. Kini aku sudah menghampiri separuh jalan dalam memahami erti permainan dunia, lakonan – lakonan manusia yang dilakonkan mengikut skrip yang telah ditetapkan.

Tuesday, September 6, 2011

Jalan Kenangan II

Usai solat subuh, aku melelapkan mata semula. Terlalu mengantuk akibat sering kali menonton astro sehingga larut malam. Acapkali aku dimarahi oleh ibu kerana tidak mematikan televisyen, membazir kata ibu. Namun aku hanya tersenyum tatkala ibu membebel padaku; sudah lali. Selesai membersihkan diri, aku memalaskan diri menuju ke ruang rehat yang terletak di luar rumah. Suatu ketika dulu, aku sering melihat opah dan atuk duduk disitu. Bersuka – suka sambil minum kopi yang disiapkan oleh opah. Namun kini apabila aku semakin menghampiri ruangan tersebut, aku dapat merasakan satu getaran halus yang menguis hati. Kelihatan atuk berehat di situ, namun tidak ditemani secawan milo dan biskut wafer kegemaranya. Semua ini berlaku setelah ketiadaan arwah opah. Semakin aku menghampiri atuk, semakin aku dapat merasakan kepayahan dan keperitan yang atuk alami setelah pemergian opah. Aku melihat atuk termenung sendirian. Susuk tubuh atuk yang kian susut membuatkan pandangan aku terhenti seketika. Memori silam mula kembali bertaut.

“awaknya, cucu kita tu dah bangun ke belum? Asar dah nk masuk ni.”

“ngape pulak awak bertanya pada teman? Awak tu opah dia, pergi la tengok.”

“asyik zah jea yang tengokkan dia, awak tu atuknya. Nanti cucu kita tu ingat atuknya dah tak sayang dia lagi. Sudahlah dia tu cucu lelaki sulung kita.”

“iyelah.. iyelah... teman pergi nengokan die kejap. Awaknya tolong la buatkan air untuk minum petang nanti ya?”

“lepas asar baru zah buatkan ye? Awak pergi tengokan dia, saya solat dulu.”

“iyelah.”

Hembusan angin pagi membuatkan aku tersedar dari lamunan. Terasa seperti baru semalam arwah opah pergi mengadap Sang Pencipta. Sungguh aku rindukan waktu – waktu bersama arwah opah yang senantiasa ceria bersama atuk.

“zah...”

Aku terkesima.

Apakah ungkapan itu keluar dari mulut atuk?’ desis hatiku.

Tergerak hatiku untuk mencari kepastian. Aku menghilangkan diri dibalik dinding rumah. Aku memerhatikan atuk sambil menantikan apakah persoalan yang timbul dibenakku ini benar. Aku memasang telinga lagak seperti seorang polis yang sedang mengintip suspek kes berat.

“zah... lepas ni teman tinggal sorang lagi la. Halim dah dapat kerja. Jauh tempat kerjanya tu. Kalau tak silap teman kilang kereta di tanjung malim tu.”

Sah. Memang benarlah telahan ku sebentar tadi. Atuk berbicara seorang diri. Terlalu rindukah atuk pada opah? Atau atuk kini mula merasai kehilangan aku walaupun aku masih punya masa sebulan setengah lagi untuk bersiap – sedia? Aduhai atukku. Janganlah dikau khuatir. Cucumu ini masih sempat meraikan hari raya tahun ini bersamam mu. Kasihan pula aku melihat keadaan atuk itu. Sebaik mungkin aku cuba menjaga hati dan perasaannya, namun ianya terguris jua. Apalah yang mampu aku lakukan. Aku hanyalah manusia biasa yang bergantung pada pengalaman yang ditimba di perigi dunia untuk mendewasakan dan mematangkan diriku dari segala segi. Aku menghampiri atuk perlahan – lahan. Terdengar helahan nafas atuk yang seakan – akan tersekat di kerongkong. Aku perhatikan keadaan sekitar. Kereta mercedes milik abah sudah tiada. Aku terasa janggal.

‘kemana perginya ibu dan abah?’, hatiku bertanya.

Kini, aku menjadi semakin pelik. Atuk bersendirian, kereta tiada, keadaan rumah senyap dan tiada bunyi atau bau makanan yang enak – enak seperti biasa.

‘ hari ini hari apa?’, aku menyoal diri. Aku menghitung hari di hujung jari.

“Papp!”, aku menepuk dahi. Sepantas itu juga aku melihat kearah atuk. Kelihatan wajah atuk sedikit pelik dan terkejut dengan gelagat aku.

“kenapa halim?”

“errrr.... tak de ape tuk. Halim terlupa yang hari ni hari isnin.”

Terasa sesal dalam hati. Habis rancangan aku hendak membongkar apa yang sedang atuk bebelkan seorang diri tadi.

“kamu dah mandi halim?”

“sudah tuk. Bangun tadi terus halim mandi.”

“bagus la. Kamu ada nampak apa – apa tak kat atas meja ni?”

Aku memandang meja yang dimaksudkan. Kosong. Aku mula mengerti maksud atuk.

“emmm... tuk jom la. Kita pergi sarapan dulu. Atuk bawa ya? Halim tak de lesen lagi.”, aku menjawab dalam senyuman.

“ aku tau la. Sudah jom.”

Bagai serasi bersama, atuk sering sahaja faham isi hati aku. Sangat bertuah aku memiliki atuk yang penyayang dan pada masa yang sama pendidik serta sedikit garang. Atuk dulu pernah mengajar budak – budak mengaji. Namun, arwah opah suruh atuk berhenti. Arwah opah sangat bimbang dengan cara atuk yang garang. Arwah opah bercerita padaku bahawa pernah satu hari atuk merendam kepala seorang pelajar hanya kerana dia tidak dapat menghafaz ayat suci Al – Quran seperti yang diminta oleh atuk. Mendengarkan tentang itu sahaja membuatkan aku gerun untuk belajar mengaji dengan atuk. Sudahnya, aku mengaji dengan opah daripada alif, ba, ta, sehinggalah aku khatam Al-Quran. Semuanya adalah hasil didikan arwah opah. Pemergian arwah opah sangat – sangat menguris hati aku. Apatah lagi ketika aku baru tingkatan 4 dan sedang menuntut di sekolah menengah teknik kuala kangsar. Masih segar lagi di ingatan aku ketika arwah opah mengetahui bahawa aku dapat bersekolah di sana. Arwah opah terlalu gembira dan pada suatu hari arwah opah mengikut dan menghantar aku ke asrama. Kelihatan biasa, namun aku tidak tahu pada ketika itu arwah opah sudah pun menderita sakit batu karang. Aku hanya mengetahui setelah arwah opah terlantar di hospital selepas pembedahan.

“halim, menung ape? Order le. Lenguh kaki mamak tu nunggu kamu mikior”.

“oh, haha. Sorry la uncle. Saya mau roti satu, milo ais satu.”

“ok. Itu saja?”, mamak kedai bertanya.

“sudah. Itu sahaja. Oh, sekejap. Atuk da order?”

“aku lame dah order. Ape kene dengan kamu hari ni halim? Aku nengok udah macam ayam berak kapur je? Kamu ade masalah ke?”

“tak ada la tuk. Halim ok je ni.”

Setulusnya aku tidak mahu membohongi atuk. Setelah aku berfikir sejenak aku rasa adalah lebih baik atuk tidak mngetahui apa yang aku fikirkan. Merahsiakan isi hati bermakna senyuman atuk pasti akan terukir.

“jangan kamu menung lama – lama sangat. Kamu tak ingat pada pesanan arwah opah kamu ke halim? Dah berkali dia nasihatkan kamu. Hurmm. Tak tau la aku apa nk jadi budak – budak zaman sekarang ni. Asyik duduk termenung je.”

Aku mula terpinga – pinga. Apakah atuk dapat membaca isi hatiku? Atau atuk hanya sekadar serkap jarang sahaja? Kemungkinan - kemungkinan itu bermain di kepala. Namun aku biarkan kemungkinan itu berlalu pergi seperti roti canai yang aku telan masuk ke perut; hilang tanpa kesan. Selesai sahaja bersarapan, aku dan atuk beransur pulang kerumah. Memang membosankan apabila ianya menjadi rutin harian aku. Cuma yang menyelamatkan keadaan bosan ini bila tiba hari minggu atau atuk mengajak aku ke parit untuk menemaninya. Pernah sekali aku mengikutnya ke parit untuk membersihkan kubur arwah moyang. Lucunya aku hanya duduk di sebelah sambil mata terpejam. Ketika itu aku sudahpun belajar merokok, namun tidak pernah aku merokok dihadapan atuk. Sebolehnya aku tidak mahu atuk tahu yang aku juga seorang perokok sepertinya.

Sampai sahaja di rumah aku memulakan langkah menuju ke ruang tamu. Di kabinet tv, aku membelek – belek DVD yang ada. Jika dalam kebosanan ini, apa sahaja cerita aku layan yang penting cerita itu banyak aksi berbanding dialog.

bersambung...

Monday, August 22, 2011

~PENGUMUMAN~



Untuk pengetahuan korang smua, jalan kenangan nie adalah novel
aku tgh cuba2 nk buat...
kalau korang rasa terlalu panjang untuk satu2 entry bg tawu la yea?
aku tunggu respon korang

Saturday, August 20, 2011

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda


Toing! Toing! Toing!
Iklan Jap.. Sambil Rehat2 Carik2 Idea....
Boleh X ??

Monday, August 15, 2011

Jalan Kenangan

kedamaian hati bertandang, aku terkenangkan dimana kisah zaman kanak – kanak dan remaja ku yang didewasakan di sebuah tempat bernama kampung sungai rokam. Mengapa namanya sungai rokam aku tidak ingat, yang aku pasti ia adalah tempat aku mengabadikan zaman kanak – Dikala kanak dan remajaku bersama atuk dan opah. Sejak kecil lagi aku sering didik oleh atuk dan opah, walaupun sebelum itu mereka tidak bermastautin di ipoh tetapi tapah. Aku terkenangkan cerita atuk sewaktu dulu. Menurut cerita atuk, dahulu atuk sering mengikut Almarhum Sultan Idris Shah. Bah kan ketika Almarhum sultan masih kecil atuklah salah seorang pengasuhnya. masih segar di ingatan aku pabila atuk menceritakan rentetan cerita kehidupannya kepada aku berkongsi suka dan duka.

“dulu aku ngikut sultan idris. Tu sebab aku boleh jadi orang besar istana. Masa aku ikut dia, aku bangun pagi-pagi lagi, dalam pukul 4 lebih kurang. Aku hidupkan enjin kereta dia.”

atuk sorang aje ke?”, aku bertanya.

“idak le. Aku dengan kawan – kawan aku le dua tiga orang lagi. Tuanku bangkit awal. Lepas die makan die akan keluar. Atuk dan kawan – kawan akan bertanya hari ini hendak kemana. Tuanku bagi tau le die nak kemana. Aku ngikut je. Satu hari tu, tuanku ajak main polo. Aku pulak mase tu baru nak belajar tunggang kude. Mase aku nak suruh kude tu lari, aku lupe aku tak genggam kuat, penyudahnye aku jatuh. Lepas kejadian tu, ak ngadap Almarhum sultan. Aku mintak izin nak balik ke kampung.”

“Oh, itu ceritanya. Habis tu, macam mana atuk jumpa opah?”, aku bertanya lagi.

Atuk merenung jauh. Renungannya menembusi aliran masa yang memutarkan seribu kenangannya di masa lalu. Atuk menarik nafas dalam – dalam kemudian atuk menyambung ceritanya.

“aku jumpa opah kamu masa aku di malim nawar. Masa tu aku kerja sebagai pemandu teksi. Aku belum jadi orang besar perak mase tu. Halim, boleh kamu buatkan aku milo? Dahaga benar rasanya tekak aku ni.”

Aku hanya menganguk perlahan. Tika cerita itu berhenti disitu, aku dapat merasakan bahawa cerita – cerita atuk hampir luput dari ingatannya. Sudah adat dunia apabila usia meningkat, kenangan akan turut serta terhakis dari ingatan. Kasihan aku melihat atuk yang sering termenung sendirian selepas ketiadaan arwah opah. Riak wajahnya seperti merindukan sesuatu yang pernah dilakukannya dahulu.

“Mungkinkah atuk merindui pak long dan pak ngah serta cucu cicitnya?”, desis hatiku.

Setelah aku siapkan air minumanya, aku letakan diatas meja kecil disebelah atuk. Aku melihat wajah atuk. Anak matanya mengecil, berair. Adakah itu bererti atuk sedang bersedih?.

“Atuk, minum la air ni dulu.”

“Hai, udah siap? Laju. Boleh kamu buka kedai makan ye?”

Aku ketawa. “ tak mungkin la atuk. Lagi pun halim tak minat la nak buka kedai makan nie. Dapat keje gomen pun da cukup tuk. Atuk, Halim nak tanya sikit boleh?”

“apa dia?”

“jauh atuk termenung tadi. Fikirkan apa?”

Atuk diam seribu bahasa. Matanya merenung jauh kedalam mataku. Kemudian atuk mengalihkan semula pandanganya keluar. Atuk menarik nafas dalam – dalam seolah – olah dadanya begitu sempit. Redup matanya memandang aku semula.

“halim, kamu rasa pada usia macam aku nie ape yang patut aku buat?”

Aku diam seribu bahasa. Cuba menyusunan kata – kata agar ianya menjadi semangat pada atuk. Aku termenung jauh meninggalkan atuk yang masih menunggu jawapan daripada aku.

“halim, ape yang kamu menungkan? Kamu tak dengar ke soalan aku tadi?”

Atuk menjadi kurang selesa. Riak wajahnya benar – benar meminta pendapatku.

Dalam nafas yang panjang aku katakan pada atuk, “ atuk dalam usia yang begini rasanya elok atuk kawin satu lagi kot.”

“ sape le yang ndakkan aku pada usia macam nie halim? Kamu tau ke usia aku berapa tahun?”

“hahaha. Atuk, usia bukan penghalang la. Lagi pun sedih la halim tengok atuk asyik termenung sorang – sorang. Kalau atuk ada teman baru mungkin atuk dapat berkongsi suka dan duka atuk bersamanya. Tambahan pula, halim bukan ada di ipoh dah lepas ni.”

Kini, giliran aku pula memalingkan pandangan aku ke luar. Aku mula berfikir bahawa ada benarnya kata – kata aku tadi. Namun, aku dapat melihat kegusaran pada wajah atuk. Masakan tidak, sebelum aku menamatkan persekolahan, tika itu aku berada di tingkatan 5 dan aku tidak dapat menyertai satu program anjuran sekolah kerana atuk berkahwin lagi. Bila aku mengajak teman – teman aku mereka semua tertawakan aku seolah – olah aku membohongi mereka. Kata mereka mana mungkin atuk aku mahu berkahwin lagi pada penghujung usia 80 an. Tambah mereka lagi ada kemungkinan aku yang dikahwinkan. Aduhai mentaliti budak – budak ketika itu. Semuanya mustahil bagi mereka. Namun aku ketepikan semuanya dan menyertai majlis penyatuan antara atuk dengan opah yang baru. Tapi sayang, segalanya tidak bertahan lama kerana opah baru itu tidak tahan dengan karenah atuk yang pelbagai. Mungkin disebabkan itu wajah gusar itu timbul lagi sejak kali terakhir aku melihatnya ketika atuk kembali ‘berseorangan’. Sedih aku melihat wajah itu.

“kamu tak ada di ipoh? Kamu nak kemana?”

Pertanyaan itu mematikan lamunan aku.

“halim dapat kerja kat kilang proton. Kilang baru dia kat tanjung malim.”

Atuk diam seribu bahasa. Apakah perasaan atuk pada tika ini. Ingin sekali aku bertanya tetapi ianya bagaikan tersangkut di kerongkong.

“kenapa atuk?”

Sunyi. Atuk tidak segera menjawab. Seolah – olah dia sedang memikirkan sesuatu. Tika ini, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang bermain di fikiran atuk. Atuk mula bersuara.

“bagus la halim. Kamu tu anak lelaki sulung. Elok kamu kerja, cari pengalaman dan belajar dari kesilapan. Hidup ni mudah halim. Manusia saja kadang – kala merumitkan keadaan. Halim aku letih ni. Aku nak baring sekejap. Kalau aku tertidur kamu kejutkan aku sebelum maghrib ya?”

“baiklah atuk.”

Aku menjawab ringkas. Segera aku meninggalkan atuk bersendirian di dalam bilik tidurnya. Namun aku masih tertanya – tanya. Apakah atuk sedih seandainya aku tiada?. Aku biarkan persoalan itu berlegar di ruang fikiran. Malam itu, seperti biasa aku memasak untuk atuk. Aku sangat menggemari nasi goreng buatan aku. Terkadang aku merasakan diri ini dimanjakan dan pabila di puji terasa dadaku kembang seperti dipam angin. Namun tidak pernah sekali aku hanyut dalam pujian itu. Padaku pujian atuk hanya gurauan. Selesai sahaja atuk dan aku makan malam, atuk kembali kebiliknya untuk menunaikan solat isya’ pula. Aku pula sibuk membantu ibuku mengemas dapur. Malam yang kini menginjak perlahan – lahan mula menampakan kesanya pada diriku. Mata mula layu, mulut menguap tanpa henti, namun kotak fikiranku masih lagi memikirkan tentang perbualan aku dengan atuk petang tadi. Serasakan semacam ada sesuatu yang menimbulkan tanda tanya. Namun ku pejamkan mata dan terlena sehingga pagi.

Pagi yang agak suram menyapa tubuhku. Lembut ia membelai kulitku namun bisanya menerjah ke tulang kering ku. Rupa – rupanya hujan renyai membasahi bumi pagi itu. Serasakan janggal pabila tiada gigitan manja sang mentari pagi itu. Segera aku berlalu pergi ke bilik air untuk membersihkan diri serta merta.


bakal bersambung....

Friday, June 24, 2011

Pokok Nan Sebatang

Aku daun

Pokok amat memerlukan aku

Tanpa aku pokok mati

Oleh itu

Aku amat bangga kerana aku daun

Tanpa aku pokok pasti tiada

Aku pula batang pokok

Memberikan dahan untuk daun berpaut

Tanpa aku mana mungkin daun ada

Oleh itu

Berbanggalah dengan aku

Kerana tanpa aku pasti tiada daun yang hijau itu

Akar...

Aku akar...

Tahukah kamu apa itu akar?

Aku memastikan batang berdiri teguh

Pabila batang teguh daun pasti berpaut erat

Indah... cantik...

Ingatlah wahai saudaraku batang dan daun

Tanpa aku kalian pasti tiada

Ribut melanda

Tolong.... tolong....

Arggghhhh.....

Bantu aku.....

Tamatlah riwayat pokok nan sebatang

Hilang tanpa kesan

Tanpa zuriat